Today is the day..!!!!
Pengarah Cik Darling; Dr. Tim datang ambil Cik Darling jam 9 pagi.
Kami diarahkan berkumpul untuk check in di KLIA jam 11 pagi.
Flight time pukul 1.15 petang.
Sampai di KLIA baru jam 10 pagi.
Memandangkan masih awal jadi, kami ambil keputusan untuk sarapan dulu.
Dr. Tim pilih Papa Rich sebab dia kata
"I suka mee goreng kat sini"
So, sebagai staf yang setia (cewahhh..) perintah diturut je.
Cik Darling makan nasi lemak berlaukkan ayam goreng dan sambal udang 😋
Meriah kau.. penuh pinggan.. hahahahaha
Pukul 11 lebih semua dah ready nak check in.
Selesai check in, masing-masing bawa haluan.
Habiskan masa dengan keluarga yang nak ditinggalkan
Cik Darling follow Dr. Tim je.
Tiba masa, kami naik train untuk pergi ke Gate C15.
Eh.. lupa pula nak bagitau.
Ahli rombongan kami kali ni seramai 19 orang.
Terdiri daripada staf UPM dan bukan staf
Okay..!! Flight dah ada menunggu
Tak sabar pula nak terbang
Dah bertahun tak travel jauh-jauh ni.
Kali terakhir Cik Darling travel jauh ni tahun 2012 ke Eastern Europe.
Selepas arwah GulaHati Cik Darling meninggal tahun 2014
terasa down seketika.. tak nak pergi mana-mana 😔
Okay ready to fly from KL to Singapore
to be continue...
0 xoxo:
Post a Comment