Seperti biasa, awal pagi kami dah keluar dari hotel.
Bas sedia menanti jam 7 pagi.
Ke Pulau Robben kita hari ni 😊
Pulau Robben berada di Teluk Table di sebelah barat
persisir Bloubergstrand, Cape Town.
Pulau ini terkenal sebagai tempat pengasingan tahanan politik.
Termasuklah Presiden Nelson Mandela yang ditahan selama 18 tahun
di pulau ini daripada keseluruhan 27 tahun masa hukumannya.
Pulau Robben ditutup sebagai penjara pada tahun 1996.
Pada tahun 1997 ia diubah menjadi muzium dan dibuka kepada umum.
Diiktiraf sebagai warisan dunia oleh badan PBB UNESCO pada tahun 1999
Untuk ke pulau tersebut, perlu menaiki feri dari
Gateway Nelson Mandela di V.A Waterfront.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.
makan ubat mabuk sebelum menaiki feri.
Ombak dia boleh tahan kuat juga.
Kalau tak tahan, memang boleh muntah.
Sampai di pulau, bas telah sedia menanti.
Pelancong dibawa mengelilingi pulau tersebut dengan bas
selama lebih kurang satu jam.
Antara kemudahan awam yang terdapat di pulau ini ialah
masjid, gereja, sekolah dan klinik.
ramai pasangan datang ke gereja di sini untuk berkahwin.
Bas akan berhenti lebih kurang 20 minit untuk pelancong turun bergambar
dan menikmati keindahan pantai pulau ini.
Di sini juga terdapat rumah api yang terletak di titik tertinggi pulau.
Ia dibina sebagai pengganti kepada unggun api untuk menghadapi
ancaman maritim yang belayar berhampiran pulau.
Setelah habis mengelilingi pulau, bas akan berhenti dan
akan tinggalkan pelancong di penjara yang pernah dihuni oleh Nelson Mandela.
mengenai sejarah penjara tersebut sambil membawa kita ke setiap
unit penjara sehinggalah ke blok yang menempatkan sel Nelson Mandela.
Kerana setiap minggu beliau dibenarkan berjalan di sini sambil berkebun.
Taman ini terletak di belakang sel beliau.
Dan di sini juga secara sembunyi-sembunyi beliau mulai menulis
buku autobiografinya yang terkenal iaitu Long Walk To Freedom.
18 tahun Nelson Mandela dipenjara di sel yang kecil ini.
Di dalamnya hanya terdapat alas tilam, selimut, alas kepala,
pinggan, cawan, meja kecil dan tong merah.
Tong merah tersebut merupakan "tandas" untuk beliau.
Tetapi tidak dibenarkan untuk merakam video
Meh Cik Darling kenalkan tour guide yang mengiringi kami
sepanjang tour di Pulau Robben.
Ini tour guide yang bercerita mengenai Pulau Robben ketika di dalam bas
Namanya Ilyas. Beragama Islam dan merupakan salah seorang penduduk di pulau ini.
Ini pula tour guide yang bercerita mengenai sejarah penjara.
Uncle Jawa.. juga merupakan penduduk tempatan di sini.
Pakcik ni pula salah seorang bekas banduan dari penjara ini.
Dipenjarakan sebab pernah bom kan bangunan apa entah.. lupa dah 😅
Selesai sudah tour di Pulau Robben.
Feri untuk pulang ke tanah besar sudah siap sedia menunggu.
Dari penjara kita akan jalan kaki je ke terminal feri.
Keseluruhan tour di sini mengambil masa lebih kurang hampir 4 jam.
Termasuk dengan perjalanan feri pergi dan balik.
Sampai di tanah besar, bas dah sedia menunggu.
Kami dibawa ke V.W Waterfront.
Sekali lagi ke sana ek.. tak jemu-jemu 😅😅
Tempat pertama yang dituju sebaik sampai Waterfront
semestinya lah kedai makan.
Maklumlah waktu tu dah masa untuk lunch.
Hari ni Cik Darling lunch Fish n Chips.
Ini salah satu yang korang mesti makan kalau ke sini
selain daripada ayam Nando's.
So, korang boleh lah share berdua.
Orang Malaysia kan tak makan banyak 😁
Dr. Tim order pizza.. chicken pizza kalau tak salah.
Sebenarnya hari ni hari terakhir kami di Cape Town.
Esok kami akan bertolak ke Johannesburg.
Jadi, hari terakhir digunakan untuk membeli souvenir di bumi Cape Town ni
Kat Waterfront ni banyak kedai souvenir.
Cuma seperti biasa lah kena pandai cari kedai yang menawarkan harga murah.
Sebab kat sini tak boleh tawar menawar.
Dari Waterfront ni kami balik ke hotel naik Uber.
Bas tak tunggu tadi selepas hantar kami
NKenalkan.. ini Syahid. Driver bas yang membawa kami sepanjang kami
di bumi Cape Town. Beliau juga seorang muslim.
Sampai hotel, rehat sekejap je.
Kemudian kami turun dan jalan-jalan di kedai souvenir belakang hotel.
Kalau korang nak tau, barang-barang souvenir ni boleh tahan
mahal juga la harga nya. Memang bargain skill kena tinggi
kalau nak beli barang di sini.
Malam tu tiada aktiviti luar sebab semua sibuk packing bag.
Esok awal-awal pagi kami dah nak kena gerak ke airport.
Flight kami ke Johannesburg pukul 9 pagi esok.
Selesai sudah episod Cape Town.
Nanti kita sambung pula dengan episod di Johannesburg.
Erk.. harap korang tak jemu baca ye 😉😉
To be continue...
Bestnya jadi Acu...dapat berjalan selalu kan...kalau SA memang nak kena fikir 2-3 kali la...tunggu dah pencen nanti la kot..
ReplyDeleteSeronok baca...rasa macam pergi bersama... :)
ReplyDeleteSA:
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki. Takpe nanti dah pencen, boleh jalan lagi jauh hehehe
Kakcik:
ReplyDeleteTerima kasih mak. Sudi jadi pembaca setia :)