Thursday, September 19, 2019

#Throwback Beli Seafood Di Atas Jambatan Stanley, Alexandria

Edit Posted by with No comments
Tarikh: 17-05-2019


Lepas selesai melawat Istana Montazah [sini], kami dibawa ke Kubu Qaitbay.
Dalam perjalanan menuju ke sana, kami singgah sekejap bergambar di atas
jambatan Stanley. Sebenarnya jambatan ni tak jauh pun dari homestay kami.

Apa yang ada kat jambatan ni?

Panjang jambatan Stanley ini ialah 400 meter. Dari sini, kita dapat melihat
keindahan laut Mediterranean. Tempat terbaik untuk berjalan-jalan 
mengambil angin sambil menikmati permandangan laut Mediterranean. 
Kalau datang waktu petang boleh tengok sunset kat sini.

Jambatan Stanley sumber Google

Jambatan Stanley sumber Google



Permandangan laut Mediterranean dari atas jambatan Stanley.


Ada banyak restoran di tepi jambatan ini. Pengunjung boleh makan sambil menikmati
angin pantai. Jika tidak mahu makan, disediakan juga kerusi rehat untuk pengunjung duduk santai. Ada bayaran yang dikenakan.


Sedang leka kami mengambil gambar, tiba-tiba sebuah teksi berhenti.
Driver keluar dan terus buka bonet kereta sambil bercakap sesuatu.
Kami pun menghampirilah teksi tersebut. Rupa-rupanya, dia ada menjual
ketam dan udang yang katanya ditangkap dari laut Mediterranean ini.




MasyaAllah.. segarnya udang dan ketam ni semua. Hidup-hidup lagi tau.
Udangnya cantik.. warna merah.




Kami beli 2 kilo setiap jenis. Kakak kata boleh masak untuk berbuka atau sahur nanti.
Unik cara pembungkusannya. Beliau tidak menggunakan plastik tetapi menggunakan
kad manila yang digulung. 



Lepas beli, kami balik dulu ke homestay untuk simpan udang dan ketam tersebut
sebelum kami meneruskan perjalanan kami ke Kubu Qaitbay.




To be continue..






Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment