Thursday, September 26, 2019

#Throwback Membeli Manisan Di El Saidy, Alexandria

Edit Posted by with No comments
Tarikh: 17-05-2019


Kalau tadi beli ayam golek [sini], sekarang ni kita beli manisan orang Arab pula.
Hari terakhir ni rasa nak berbuka dengan makanan Arab je 😁
Kami ke kedai pastry yang agak terkenal di Alexandria ni iaitu kedai El Saidy.

El Saidy terletak di tengah-tengah kesibukan bandar. Kedainya kecil sahaja.
Tapi pelanggannya masyaAllah.. ramai gile...!


Pelbagai jenis pastry, kek dan manisan Arab ada di sini. Sebagai salah seorang
penggemar manisan Arab dan juga sebagai seorang yang hashtag nya food lover 😆
terasa syurga sangat tau bila masuk dalam kedai ni. Kecur air liur i tau
bila tengok manisan dalam cermin ni. Dugaan puasa gitu 😙




Konsep membeli di sini lebih kurang sama macam di Asfour Crystal Cairo [sini].
Kita diberi kertas untuk menulis kod atau nama manisan yang diinginkan. 
Ini untuk manisan yang ada di rak sahaja. Kalau yang dalam cermin kaca tu
kita order terus kat pekerja di situ. Serahkan kertas tersebut di kaunter bayaran. 
Terus buat pembayaran. Kemudian tunggulah pekerja di situ ambil semua manisan 
mengikut order yang telah dicatatkan pada kertas tersebut. Bila barangan dah siap,
nombor kita akan dipanggil untuk ambil barangan tersebut di kaunter.

Sementara tunggu pekerja ambilkan barang kita, snap lah sekeping gambar dalam ni.


Lebih kurang 20 minit juga menunggu akhirnya kami dapat barangan kami. Muka ada senyum selepas dapat semua barang yang dibeli.


Dah dapat barang, Cik Pya, abang, kakak dan kakak ipar tunggu kat luar kedai sementara menunggu family Afiqah yang masih belum selesai membeli.
Terasa serabut sangat nak duduk lama-lama dalam kedai tu.


Ini yang Cik Pya beli. Paling suka Khahk Nuts tu. Sampai 2 kotak Cik Pya beli.


Khahk tu ada 2 filling. Kalau tak suka nuts, boleh pilih kurma. Begini rupanya.
Khahk ni rasa kurang manis. Sesuai dengan tekak Cik Pya 😁


Yang ni pun favourite juga. Ghoraiba. Dalam dia ada macam-macam. Cookies yang
topping atas dia ada milk chocolate dan white chocolate. Ni pun rasa tak manis.
Tapi kalau bandingkan dengan khahk, ghoraiba ni manis sikit la.


Dah dapat semua, let's balik rumah. Kakak-kakak dah tak sabar nak memasak
udang dan ketam yang kami beli pagi tadi [sini]. Driver terus hantar kami balik ke
City Square. Selepas solat, kakak masak sambal udang dan sup ketam.
MasyaAllah sangatlah tak sabar nak berbuka hari tu. Lupa pula nak snap gambar
sup ketam.


Ayam golek yang bau nya sangat menggoda.


Menghabiskan buah-buahan yang dibeli sebab esok dah nak balik Malaysia.
Buah tembikai dan tembikai susu ni memang manis. Orang utara kata 
manis melecaih..!!




Manisan yang dibeli di kedai El Saidy tadi.



Meriah menu berbuka kami 😆
Al maklumlah ni hari terakhir kami berbuka di Alexandria ni. 
Esok inshaAllah kami akan bertolak balik ke Malaysia.


Aktiviti semua orang malam tu ialah mengemas beg. Nak kena agih-agihkan
takut ada yang terlebih berat. Tapi alhamdulillah semua berat cukup.
Tak ada yang terlebih.




To be continue...






Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment