Friday, September 6, 2019

#Throwback Masjid Al Hussain Dan Bazaar Khan Al-Khalili Cairo

Edit Posted by with No comments
Tarikh: 14-05-2019


Usai solat dan recharge "bateri" di Masjid Al-Azhar [sini]
kami dibawa menziarah Masjid Al-Emam Al Hussain.
Hanya terletak di seberang jalan Masjid Al-Azhar sahaja.




Masjid ini dibina pada tahun 1154 dan terletak di kawasan yang sangat sibuk
iaitu di kawasan Khan Al Khalili di Cairo ini. Dinamakan sebagai Masjid Al Hussain
kerana terdapat makam Saidina Hussain di dalam masjid ini.
Saidini Hussain merupakan cucu kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Difahamkan makan Saidina Hussain ini hanya menguburkan kepalanya sahaja.
Badan Saidina Hussain berada di Karbala, Iraq.


Di depan masjid ini terdapat payung besar seperti yang ada di Masjid Nabawi, Madinah.


Selesai lawatan di Masjid Al-Hussain, ustaz membawa kami ke 
Bazaar Khan Al-Khalili yang terletak berdekatan dengan masjid tersebut.




Ada beratus kedai dalam Bazaar Khan Al-Khalili ni.
Barangan yang dijual di sini hampir sama saja di semua kedai.
Nak tau tak, walau pun beratus kedai yang ada tapi kami cuma masuk
ke dalam 2 buah kedai sahaja.. mesti susah nak percaya kan??

Sebab..... kaki dah menangis nak jalan banyak 😭😭😭

Kedai pertama yang kami masuk, kakak-kakak dan abang-abang
yang banyak shopping.. beli souvenir untuk diri sendiri dan juga
family dan kawan-kawan yang ada di Malaysia.



Cik Darling bergambar dengan tuan kedai. Lupa dah nama dia.
Oppss!!! Lihatlah keadaan diri hamba yang nampak sangat tidak terurus itu.


Kemudian kami naik ke tingkat satu. Ada kedai souvenir yang murah.
Biasanya menjadi pilihan orang Malaysia untuk membeli di sini.


Kalau korang ada kesempatan berkunjung ke sini, cari kedai yang bernama
Galal.. sebutannya Jalal. Kedudukannya agak tersorok di tingkat satu.
Harga kat kedai ni sangat-sangat berpatutan. Murah..!!!
Kedainya agak sempit sebab macam-macam barang ada kat kedai ni.

Itu kedai terakhir kami singgah. "Bateri" dah makin lemah dah ni.
Tak banyak ambil gambar sebab tak larat sangat dah.
Iskh.. teruk sungguhlah travel kali ni..

Bila tengok balik gambar, ya Allah! buruknye lah rupa i πŸ˜†πŸ˜†
Tudung dah ke laut dah.. kembang semacam je.
Dah tak peduli dah πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Ingat tak semalam cakap nak berbuka kat kedai lain kan?
Dah siap bergambar dengan pengurus GH Corner kan? [sini]

Tapi......

Hari ni sekali lagi kami singgah ke GH Corner πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
Cancel nak makan kat kedai lain.. hahaha
Semuanya gara-gara senang nak minum banyak air.
Maklumlah kat sini kan boleh refill airnya.


Macam-macam color air yang Cik Darling ambil hari tu.
Ya Allah!! Dahaga hanya Allah saja yang tahu.
Tapi apa pun tetap bersyukur sebab berjaya tahan puasa hingga waktu berbuka.
16 jam berpuasa dalam suhu panas 38 degree. 






Jadi, kesimpulannya 3 hari kami di Cairo.. kami cuma makan di satu restoran saja.
Tak kesampaian nak makan di restoran lain. Niat nak makan makanan Arab kat sini
terkubur begitu saja.. hahahaha

Kemudian singgah kedai masakan siam yang ada kat bawah asrama.
Kami tapau makanan untuk makan sahur nanti.


Eh! Kalau korang ke Egypt, Cik Darling recommend kan korang
try susu ni... serius sedap..!!!


Malamnya walaupun keletihan tapi tak boleh tidur awal.
Malam terakhir kami di Cairo. So, nak kena packing barang.
Esok pagi inshaAllah kami akan bertolak ke Alexandria.




To be continue...




Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment