Wednesday, September 25, 2019

Food Walk:: Lobbee Thai Connection

Edit Posted by with No comments
Hari tu ajak kakak dan family dia makan di Lobbee Thai Connection
kat IOI City Mall Putrajaya ni. Cik Pya belum pernah makan kat situ
lagi walaupun dah lama restoran ni dibuka kat sini.

Restoran ni menyajikan ala carte makanan Thai dan juga steamboat.
So, boleh lah pilih mana yang korang nak. Kalau tak salah harga
untuk makan steamboat kat sini dalam RM38 atau RM39 per head.
Kami pilih untuk makan ala carte makanan Thai.


Seafood Tom Yum Fried Rice - Sesuai untuk orang yang suka makanan pedas.
Portion dia besar. For me sepinggan tu boleh makan 2 orang.
Walaupun badan ceq besar tapi perut ceq kecik jeeeee.. hahahaha


Chicken Green Curry with Omelette - Green curry dia sedap. Set ni didatangkan
sekali dengan nasi putih dan telur dadar.


Hot Basil Chicken with Omelette - ni pun set nasi putih dengan ayam basil 
dan telur dadar.


Spicy Salmon Salad - isi salmon digoreng rangup. Ada rasa masam-masam sikit.
Ni kira macam kerabu salmon lah. Not bad rasanya. First time Cik Pya makan
kerabu salmon.


Untuk air pula, kakak order Iced Thai Tea. Cik Pya dan anak sedara order air 
Red Lemon Soda. Air soda yang ada rasa-rasa masam sebab ada lemonade. 
Jujurnya kan, Cik Pya order air ni sebab teruja tengok cara hidangannya πŸ˜†
Dalam gelas berisi lemonade merah, diterbalikkan botol yang berisi air soda.
Unik kan?


Makanan kat sini boleh dikategorikan sebagai sedap. Tapi tak boleh nak makan
selalu kot sebab emm.. harganya boleh tahan mahal juga lah 😁







Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment