Sedih la pula bila nak tinggalkan Alexandria ni. Banyak lagi tempat yang
belum dilawati. Emm.. macam nak kena datang semula je ni 😅
Memandangkan perjalanan dari Alexandria ni nak ke Cairo
mengambil masa lebih kurang 3 jam, makanya pukul 8.30 atau 9 pagi macam tu
van dah siap sedia menunggu di bawah. Flight kami ke Dubai jam 6.40 petang.
Mengabadikan gambar di hadapan pintu masuk City Square sebelum bertolak ke Cairo.
Selain menunaikan umrah, ni pertama kali Cik Pya travel jauh-jauh dengan family.
Sebelum ni kalau travel dengan family cuma ke tempat yang dekat-dekat je
macam ke Bandung, Padang Bukittinggi, Ho Chi Minh dan Hatyai.
Alhamdulillah perjalanan kami lancar sahaja. Dalam pukul 12.30 tengahari
kami selamat tiba di Terminal 2 Cairo International Airport.
kepada kami semua. Yang berkopiah putih tu lah ustaz yang menjadi tour guide kami
selama kami di Cairo hari tu. Ustaz ni kawan kepada sepupu Cik Pya sebenarnya.
Selepas ustaz beredar, tinggallah kami melepak kat kerusi sementara
menunggu kaunter untuk check in dibuka.
Okay done check in.
Lepas solat, kami beli burger Mc Donald untuk bekalan berbuka.
Egypt yang kami tukar hari tu. Cik Pya sambar seketul patung maskot
Kinder Bueno.. coklat kegemaran ni 😁
Okay masa untuk fly. Selamat tinggal bumi para Anbiya.
Selepas 3 jam 50 minit dalam penerbangan kami selamat tiba di Terminal 3
Dubai International Airport. Jam masa tu pukul 12.25pagi, terus cari surau untuk
solat jamak Maghrib dan Isyak.
Selesai solat, kami cari kedai untuk makan sahur. Sekali lagi kami pilih Mc Donald 😅
Pukul 2.20 pagi makan burger kau.. hahahaha
Kami masih tersenyum happy walaupun jarum jam masa ni menunjukkan pukul 3.20 pagi.
Pukul 4.20 pagi flight kami berlepas dari Dubai International Airport.
7 jam lebih penerbangan kami, alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA
jam 3.35 petang hari Ahad 19-05-2019.
Malam tu kami berbuka di rumah kakak di BTHO. No more makanan Arab lagi 😀
Alhamdulillah tamat sudah percutian kami di bumi Anbiya. Pengalaman berpuasa
selama 16 jam dalam suhu 38 darjah tak akan dilupa sampai bila-bila.
Walaupun penat dia lain macam, tapi kami semua tetap happy dan enjoy.
InshaAllah panjang umur dan ada rezeki lebih, Cik Pya nak pergi semula ke Egypt.
Banyak lagi tempat sejarah yang belum dilawati.
0 xoxo:
Post a Comment