Hari yang ditunggu pun dah tiba. Jam 1 petang kami bertolak ke
Perpustakaan Iskandariah. Dewan berlangsungnya konvokesyen
terletak bersebelahan dengan Perpustakaan Iskandariah.
Sebut pasal Perpustakaan Iskandariah atau Bibliotheca Alexandria
merupakan salah satu perpustakaan yang terbesar di dunia.
Ianya wujud sejak zaman kuno lagi.
Ia dibina pada masa kekuasaan Yunani di Mesir iaitu pada era Dinasti Ptolemy.
Perpustakaan ini menyimpan ribuan manuskrip, gulungan peta serta naskah
kitab-kitab dari masa Yunani kuno.
Karya-karya asli Euclid, Aristoteles, Democritus hingga naskah-naskah asli
perjanjian lama yang ditulis dalam bahasa Ibrani kuno juga katanya disimpan
di sini.
Di belakang Cik Darling tu lah perpustakaannya. Maaf tak ambil
gambar penuh bangunan sebab bangunannya besar.
Pertama kali Cik Darling datang majlis konvokesyen di luar negara.
Berbeza betul dengan majlis di Malaysia. Kat sini majlisnya simple saja.
Kalau di Malaysia, konvokesyen akan melibatkan semua fakulti di universiti tersebut
tapi yang ni, cuma konvokesyen fakulti pergigian sahaja.
MasyaAllah angin pada hari tersebut sangatlah kuat.
Tudung dah jadi tak tentu arah dah 😂😂
Kami sambung bergambar kat luar dewan.
kami singgah beli makanan untuk berbuka. Kalau semalam kami berbuka dengan
makanan Arab [sini], hari ni kami berbuka dengan makanan barat.
Kami beli burger dan pizza. Oh ya! Restoran pizza dan restoran burger ni
hanya terletak di level bawah bangunan City Square ni je.
macam kita kat Malaysia. Jadi, dah standby bawa sos cili dari Malaysia 😁
0 xoxo:
Post a Comment