Tuesday, September 24, 2019

#Throwback Makam Nabi Daniel Dan Makam Luqman Al Hakim

Edit Posted by with No comments
Tarikh: 17-05-2019


Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Masjid Nabi Daniel.
Masjid ini terletak di celah-celah bangunan. Lorong untuk masuk ke masjid ini
sangat sempit. Kalau datang dengan bas pelancong, kena berhenti di hujung lorong.
Dan kena jalan kaki untuk ke masjid. Tapi alhamdulillah kami naik van. 
Jadi, van dapat masuk ke dalam.

Bulan Ramadan ni kalau boleh nak van berhenti betul-betul depan pintu. Punya lah
tak nak berjalan jauh-jauh sebab keletihan. Huduh betul perangai bila kenangkan
semula ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Di dalam masjid ini terdapat makam Nabi Daniel dan juga makam Luqman Al Hakim. 
Kedua-dua makam ini terletak di dalam satu bilik di bawah tanah di dalam masjid ini.



Bahagian dalam masjid. Ini je yang sempat diambil sebab kawasan ni
kawasan jemaah lelaki. Jadi, macam malu pula nak berhenti ambil
gambar ๐Ÿ˜…

Kelihatan dalam gambar ada jemaah yang tengah berehat sementara hendak
menunggu waktu berbuka. Masa kami sampai ni mereka baru lepas solat Asar. 



Nabi Daniel merupakan salah seorang Nabi Allah yang tidak termasuk dalam
senarai 25 orang nabi yang wajib kita ketahui. Namun demikian, para ahli
sejarah Islam mengatakan beliau adalah seorang nabi yang pernah hidup
dan meninggal di Mesir. Nabi Daniel termasuk di antara keturunan Nabi Daud a.s. 
Beliau ialah seorang nabi yang diutuskan Allah kepada kaum Bani Israel.

Luqman Al Hakim pula adalah merupakan seorang lelaki yang dikurniakan ilmu agama
dan kebaikan di dalam segala tindakan dan ucapan beliau. Sehingga dia termasuk
seorang yang mendapat keutamaan di dalam al quran. Namanya diabadikan sebagai
nama salah satu surah di dalam al quran iaitu surah Al Luqman.

Hanya dua orang manusia sahaja yang bukan dari golongan nabi atau rasul yang nama
mereka diabadikan sebagai nama surah di dalam al quran iaitu Maryam (ibu kepada 
nabi Isa a.s) dan Luqman Al Hakim.

Tangga untuk turun ke makam Nabi Daniel dan makam Luqman Al Hakim.



Makam Nabi Daniel terletak betul-betul di bawah tangga.



Di satu sudut terletak makam Luqman Al Hakim.


Kedua-dua makam ini menghadap kiblat yang berbeza. Makam Nabi Allah Daniel
menghadap Masjidil Aqsa iaitu kiblat pertama sebelum Mekah. Manakala makam
Luqman Al Hakim pula menghadap kiblat Masjidil Haram iaitu kiblat umat Islam 
sekarang.

Mengabadikan sekeping gambar keluarga di hadapan Masjid Nabi Daniel.


Dari Masjid Nabi Daniel kami ke rumah sewa Afiqah. Tak jauh pun sebenarnya dari sini.
Nak ambil barang-barang dia untuk dibawa balik ke Malaysia esok nya.

Semasa melalui lorong ke rumah Afiqah, kami melintas di depan sebuah kedai 
makanan yang menjual ayam golek. Tiba-tiba Afiqah bersuara


"Ayam golek tu sedap tau."

Hah..! Sebagai seorang pencinta makanan dengan hashtag food lover kan
kita mesti lah cuba ayam golek yang dikatakan sedap itu ๐Ÿ˜†

Makanya, Cik Pya bersama kakak dan Amzar ditemani dengan tour guide
terus lah berjalan kaki ke kedai yang ditunjuk oleh Afiqah tadi.

Sampai je kat kedai, masyaAllah bau ayam golek harum nyaaa...
buat perut terus rasa lapar.. sabar.. belum waktu berbuka lagi ๐Ÿ˜†




Yang berambut kerinting tu lah tour guide kami. Maaf lah Cik Pya lupa nama dia.
Dia seorang pelajar dalam bidang perubatan di universiti sini. 
Masih belum habis belajar lagi tapi dah berkahwin dengan seorang perempuan warganegara Indonesia. Sekarang ni rasanya dia dah mempunyai seorang 
cahaya mata. Sebab masa kami pergi tu, isteri dia tengah sarat mengandung 
dan menunggu hari je untuk bersalin.



Jadi, kami beli ayam beserta dengan nasi arab untuk dijadikan juadah berbuka.
Diberikan sekali dengan roti arab yang ala-ala roti pita tu dan fun fries.
Dan tak lupa juga belikan untuk tour guide dan driver.



Sementara tunggu diaorang sediakan order kami, kami sempat beli air
yang dijual di tepi jalan berdekatan dengan kedai tersebut. Dah lama sebenarnya
teringin nak rasa air tu. Boleh dikatakan sepanjang jalan ada je yang menjualnya.
Tapi maaf, Cik Pya dah lupa apa nama airnya. Kami beli sebotol setiap jenis tu.


Dinding cantik jadi kita snap lah sekeping ๐Ÿ˜


Dah siap bungkus, kami balik semula ke van. Afiqah pun dah siap bawa turun
barang-barang dia. Jadi, marilah kita ke destinasi terakhir untuk hari ini ๐Ÿ˜Š





To be continue...






Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment