Malam tadi dengar dalam Buletin Utama TV3 Perdana Menteri Bahrain;
Sheikh Khalifa Salman Al Khalifa meninggal dunia pada usia 84 tahun.
Beliau merupakan orang yang paling lama menjawat jawatan Perdana Menteri di dunia.
Takziah untuk rakyat Bahrain.
Sebut pasal Bahrain, CP teringat kenangan di sana.
Masa CP ke Turki tahun 2009, kami menaiki pesawat Gulf Air.
Semua penerbangan Gulf Air ni akan transit satu malam di Bahrain.
Di Bahrain International Airport |
Di Bahrain, kami menginap di Concorde International Hotel.
Selepas check in... berehat dan selesaikan apa yang wajib,
kami keluar ambil angin petang sambil melihat permandangan kota Bahrain.
Teringat satu peristiwa yang emmmm.. tak tau lah nak cakap lucu ke tak.
Tapi yang pasti menakutkan dan menyeramkan je 😅
Semasa CP kat depan hotel sementara menunggu ahli rombongan lain turun,
ada 5 orang lelaki Arab ni lalu tepi CP. Salah seorang tu berhenti tepi CP.
Tengok CP atas bawah sambil cakap dengan kawan dia. Kawan-kawan dia pun berhenti.
CP tak faham sebab dia cakap Arab.
Masa tu ahli rombongan CP dah mula risau. CP lagi la risau.
Nak gerak dah kena sekat dengan diaorang.
"Jaga-jaga Pya. Diaorang ni macam geram je tengok kau."
Aiyokkk..!! Very the seram okay...!!
Tiba-tiba kan salah seorang daripada diaorang tu usap dan picit-picit lengan CP.
Suka hati dia je... ingat kita ni anak patung agaknya nak main usap dan picit sesuka hati.
Terus CP tolak dan lari pergi kat ahli rombongan yang lain.
Lepas tu mamat-mamat Arab ni gelak-gelak.. hampeh..!!
Tapi syukur Alhamdulillah lah dia tak meraba lebih jauh.
Kalau tidak.. iskh.. Nau'zubillah. Takut nak bayang kan.
Okay lupakan bab mamat-mamat Arab tu.
Ni CP share gambar kota Bahrain yang sempat kami snap petang tu.
Memandangkan masa kami sampai kat bumi Bahrain ni dah petang
jadi, tak dapat nak jalan jauh sangat sebab dah nak malam.
Sebelah malam kami tak ada aktiviti. Setakat melepak berehat di dalam bilik je.
Keesokkan hari nya, awal pagi lepas sarapan kami dah check out.
Flight kami ke Istanbul dalam pukul 9 pagi macam tu.
Bergambar kenangan di lobi hotel |
Belakang CP tu emm... macam bar diaorang lah.
Ala-ala club mabuk-mabuk kat Malaysia ni.
Pagi-pagi dah berhibur dah diaorang ni. Tak payah nak tunggu malam 😅
Kami dibawa ke airport dengan menaiki van.
Permandangan di sepanjang perjalanan ke airport yang sempat di snap.
Airport sini tak sesibuk KLIA. Tak ramai orang.
Mungkin sebab tu pelancong yang naik Gulf Air "dipaksa" untuk transit satu malam.
Sempat jugalah sambar sehelai tshirt Grand Prix Bahrain 😁
Bergambar dengan Yuji Kunimoto di Super GT Sepang 2009 |
Walaupun cuma satu malam tapi merasa jugalah jejak kaki kat bumi Bahrain ni.
Dah 11 tahun ni agaknya macam mana lah rupa bumi Bahrain sekarang ni?
Serious main pegang2? Meh sini uncle lempang dia! (marah)
ReplyDeleteIye uncle.. takut!
DeleteBest la Acu dah sampai Bahrain..
ReplyDeleteAlhamdulillah tapi cuma satu malam je lah :)
Deletepakcik saya kerja chef kat sini, tapi sejak covid dah lama tak balik sana
ReplyDeleteOh! Best nye dapat keje kat negara orang
DeleteAduhai!
ReplyDeleteBila baca travelogue begini, tiba-tiba kaki gatal nak berjalan...huhuhuuu!
Kan? Sekarang ni mampu throwback je lah.
DeleteTak tau bila nak dapat terbang.. huhuhu
Jauh perjalanan luas pandangan
ReplyDeleteAlhamdulillah betul wak. Belajar budaya orang :)
DeleteBoa noite minha querida amiga. Obrigado por registro dessa beleza de viagem. Ainda encomendo uns chaveiros para minha coleção. Aproveite bastante a viagem.
ReplyDeleteBom Dia meu amigo. Comprarei um chaveiro para você quando voltar a viajar mais tarde. Por enquanto, por causa dessa Covid-19 nossa fronteira ainda está perto :(
Deletecantik CP ..walaupun sekejap dapat jugak jejak kai ke bahrin kan..suami akak lama jugak duduk di Bahrin dulu.
ReplyDeleteTerima kasih kak.
DeleteYe betul kak. Kalau tak transit tu, tak tau le bila nak sampai ke sana.. hehehe
uikss..itu tak kelakar, main pegang pegang pulak dia. seram betul!
ReplyDeleteKira berjaya juga jejak bumi Bahrain ni kan walaupun sekejap cuma.
Tau takpe... orang sana kalau geram, dia buat sesuka hati dia je.
DeleteA'ah.. walau sekejap, ada juga lah gambar kenangan hehehe