Thursday, November 19, 2020

Throwback Thursday:: Ladies Trip Hatyai 2 Hari 1 Malam

Edit Posted by with 22 comments
Short trip CP ke Hatyai ni bersama dengan 4 orang anak sedara.
Ladies trip lah kira nye ni.
Cerita lama ni.. saja nak throwback semula 😁

CP bersama anak-anak sedara
Perjalanan kami bermula dari Gurun.
Kami naik komuter yang paling awal ke Padang Besar.
Pukul 6 pagi tu.... awal gile 😅

Takde orang pun dalam komuter. Ini komuter kami yang punye 😆

Kami sampai di Stesen Padang Besar dalam pukul 6.30 pagi.
Nak tunggu kaunter tiket train ke Hatyai lambat lagi jadi,
kami lepak kat cafe di stesen ni je.


Kaunter tiket train ke Hatyai buka pukul 9 pagi. 
Kat dinding ni tulis pukul 8 pagi ialah waktu Thailand.


Kami datang awal sebab tak nak beratur panjang.. hahaha


Train ke Hatyai ada 2 trip sahaja.. pukul 9.55 pagi dan 3.55 petang.
Macam tu juga dengan train dari Hatyai.
Ada 2 trip pukul 7.30pagi dan pukul 1 petang waktu Thailand.

Kalau malas nak tunggu kaunter train, alternatif lain boleh naik van.
CP tak ingat harga per head yang driver van charge.

Okay.. tiket dah ready, borang imigresen pun dah siap isi.. jom le kita..!!


CP suka la train ni sebab klasik.
Takde aircond.. buka tingkap amik angin luar.



Kat atas train ni ada orang jual sim kad Thailand.
Kami beli 1 sim kad untuk dijadikan hotspot share berlima.

Dalam pukul 11.40 waktu Thailand kami selamat sampai di bumi Hatyai.


Memandangkan kami datang berlima, CP dah siap-siap booking tuk-tuk.
Jadi, masa kami sampai ni tuk-tuk dah siap sedia menunggu.
Dalam tuk-tuk ni ada orang lain sebab kebetulan hotel diaorang sama jalan dengan kami.
So, kami ajak naik sekali.


Lepas hantar diaorang, kami singgah lunch dulu sebelum ke hotel.


Kami stay di Crown Hotel. Tak jauh dengan Plaza Lee Garden.
Jalan kaki dalam 5-6 minit macam tu.
Sebenarnya tak jauh pun dari train station tu.
Boleh je kalau nak jalan kaki tapi sebab dah booking tuk-tuk kan.
Semua nye jadi malas 😅

Lepas letak beg dan selesaikan apa yang wajib, kami terus keluar.
Disebabkan trip kami ni cuma 1 malam je so, terpaksa pilih tempat yang
betul-betul kami berminat nak pergi.

Tempat pertama yang kami pergi ialah Samila Beach di Songkla.
Sebab semua dah berangan nak bergambar dengan patung duyung.






Sambil-sambil tu hunting jugalah makanan kat pantai ni.
Perut masih kenyang lagi ni sebab baru lepas makan.



Dari Samila Beach kami terus ke Klong Hae Floating Market.
Tempat yang "wajib" datang untuk pemburu makanan 😆
Floating market ni cuma beroperasi hari Sabtu dan Ahad je.
Bermula jam 3 petang hingga jam 9 malam.


Pelbagai masakan simple seperti nasi goreng, pad thai, sup, seafood,
pelbagai minuman ringan dan lain-lain lagi boleh dibeli di sepanjang platform
yang menempatkan lebih 50 buah bot yang berlabuh di situ.




Memandangkan perut masih kenyang jadi, ni je yang kami cuba...











My girls happy dapat hunting makanan kat sini

Dah kenyang di sini, kami ke Asean Night Market pula.
Kat sini boleh cuci-cuci mata tengok tshirt, kasut dan souvenir.
Asean Night Market ni tutup pukul 10.30 malam.


Tapi kami takde lah tunggu sampai tutup.
Dalam pukul 8.30 malam kami dah gerak balik ke hotel.

Rehat sekejap. Malam tu kami keluar pula ke Plaza Lee Garden.
Nak buru makanan kat situ pula 😆

Ini yang sempat kami buru malam tu...

Lupa nama nasi ni tapi pedas gile...!!!








Dah kenyang, kami jalan-jalan sekitar plaza.
Cari souvenir sebab esok dah nak balik.
Puas meronda terus balik ke hotel.
Tidur tak sedar diri uolssss... hahahaha

Hari kedua, pemburuan diteruskan lagi ke Zaina Dim Sum.
Antara best dim sum restaurant kat Hatyai ni.





Lepas tu kami jalan-jalan sekejap sekitar pekan Hatyai.
Menambah souvenir untuk kawan-kawan.


Dengan Awe; driver tut-tut

Dalam pukul 12.30 kami terus ke Stesen Bas Hatyai.
Kali ni balik kami naik van. Saja nak rasa naik van pula.

Pukul 1.45 petang kami dah sampai kat Kastam Padang Besar.
Van hantar samapi situ je.
Pastu kena jalan kaki selesaikan urusan cop keluar dari Hatyai.



Ikutkan dari kaunter kastam tu dalam 1 ke 2 km jalan kaki ke stesen keretapi Padang Besar.
Tapiiiiiii... malas ya ampun sebab hari tengah panas terik.
So, kami naik kereta yang ada siap menunggu kat luar tu.
Ready duit je.. dia hantar terus ke stesen keretapi.



Alhamdulillah tamat lah trip memburu makanan kami selama 2 hari 1 malam.
Walaupun sekejap tapi alhamdulillah happy dan puas hati.
CP happy dan yang paling penting my girls pun happy.
Ada rezeki insyaAllah nak pergi lagi.
Nak cover tempat-tempat yang tak sempat nak pergi hari tu 😊



22 comments:

  1. Aduhai CP! Teringat semula pi Hatyai Disember 2019. Tak puas ronda, tak puas makan! Nak pi lagi tapi tak tahu bila. Kami ikut train dari Golok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi Hatyai ni takde istilah puas kan? Hehehehe..
      Sama la.. tunggu border buka nak pegi lagi :)

      Delete
  2. Replies
    1. Air kelapa tu uncle. Boleh pilih nak letak dalam buluh atau dalam bekas tembikar tu

      Delete
  3. Boa noite. As fotos da viagem ficaram muito bonitas parabéns.

    ReplyDelete
  4. Howaaaaa ..., laparlaah saya lihat seabrek makann disini !.
    So yummy tuh, kak.

    Seru lihat foto liburan kalian berlima 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... jangan kata kamu, aku sendiri pun jadi lapar semasa menulis entry ni

      Delete
  5. Bestnya dapat naik train klasik macam tu. Bolehlah trip ke hatyai naik train gak. dapat tengok side view yang lain. dulu pun beli air dalam buluh tu juga. teh kaw. sedap gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah best tapi tu lah, lama nak kena tunggu train tu jalan

      Delete
  6. Sejak dulu teringin nak ke Hatyai... belum kesampaian. hihihi. insya allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun makan tahun juga plan ni kak.. hehehehe

      Delete
  7. Nampak manis sangat kenangan di sini 😊

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum CP! Wah seronok ye ladies day out.. memang best, makan mcm2. tgok tempat orang. best tuuuuu.... seronok kan sebelum covid menyerang dunia... rindu pulak nak travel jauh2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam... wah! Lama SS menghilang.
      Ye betul tu.. banyak plan nak travel tergendala tahun ni.

      Delete
  9. bilalah nak bukak kan,,rindu nk kluar jjgn ..dpt blk kmpung jadilah ..hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. mau 1-2 tahun juga kot baru nak buka semula untuk travel.

      Delete
  10. sis kalau lepas covid ada plan nak kesana lagi hello2 eh..
    saya nak join tau..

    ReplyDelete
  11. rindu kat hatyai.
    alhamdulillah. 2 kali dah aida jejak sana.
    makan best. shopping murah. dan aman :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time pegi pun dah jatuh cinta.
      Tak sabar nak repeat lagi :D

      Delete