Monday, November 23, 2020

Happy Birthday Ain

Edit Posted by with 15 comments
Hari Sabtu berjanji dengan Ain, Diva, Joe dan Abe Lan
nak jumpa diaorang di Stadium Bola Sepak Cheras.
Kami janji nak sarapan sama.
Kebetulan pula, hari Sabtu tu birthday Ain.

Dalam pukul 8.45 CP gerak dari Kajang ke BTHO dulu.
CP tempah cheese tart dengan Bebuncit Kitchen [sini].
Dari BTHO CP terus ke stadium.

Kami pot luck kat bawah bumbung stadium je.
Abe Lan bawa air kopi.
Joe bawa nasi kerabu tapi bukan Joe masak lah, dia tempah je 😁
2 hari sebelum tu dah ambil order siap-siap daripada kami.
Diva bawa popia dan brownies.
CP bawa cheese tart dan putu mayam.









Lepas habis makan, kami lepak berbual kat situ.
Dalam pukul 1 tengahari baru kami bergerak balik.
Tu pun sebab ada 2 kereta peronda polis datang.
Kelam kabut kami kemas takut kena saman sebab berkumpul gitu 😅

Tapi CP tak terus balik. CP temankan Ain pergi kedai tayar.
Tayar kereta dia kena paku.
Setel kat kedai tayar, kami berdua lepak minum kat Migliore Coffee.






Lama juga kami berdua lepak kat sini.
Al maklumlah lama tak jumpa.. macam-macam lah nak cerita 😁
Dekat pukul 4 petang baru kami gerak balik.

Once again, Happy Birthday Ain.
Nothing to wish but always wanted the best for you 🌷



15 comments:

  1. memang buncit betul cheesetart dia.. sebuncit nama kedai hehe gemookkk puas makan gitu. best lepak2 santai sesekali kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah.. sebab tu dia nama kan kedai dia Bebuncit hehehe

      Delete
  2. Bestnya, dapat jumpa kawan-kawan, masing-masing bawa potluck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Pot luck seronok. Boleh makan macam-macam hehehee

      Delete
  3. Happy Birthday Ain.
    Comelnya cheestart tu. Seronok lah dapat meraikan birthday dan berkumpul dengan kengkawan. Meriah juga hidangan yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fiza bagi pihak Ain.

      Ye.. walaupun cuma lepak kat corridor stadium je tapi tetap best :)

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih wak bagi pihak Ain.

      Alhamdulillah.. rezeki :)

      Delete
  5. senang cerita saya jeles betul tengok semua makanan dalam post ni hahaha

    ReplyDelete
  6. Boa tarde feliz aniversário. Como eu gostaria de comer essas guloseimas com vocês.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boa tarde Luiz. Obrigado em nome do meu amigo. Você vem para a Malásia, então podemos ter isso juntos :)

      Delete
  7. A great post! I love your blog. Your content is very interesting < 3 I am following you and invite you to me https://milentry-blog.blogspot.com

    ReplyDelete