Tuesday, December 15, 2020

Bila Dibenarkan Rentas Negeri...

Edit Posted by with 12 comments
Last CP balik ke kampung masa Aidiladha bulan 7 hari tu [sini].
Bila diumumkan oleh MKN dah boleh rentas negeri bermula 7hb,
kakak CP bagitau dia nak balik kampung..

So, CP pun dengan muka tak malu nye..

"Nak ikut"

Memandangkan negeri Selangor cuti pada Jumaat 11/12/2020
jadi, kami bertolak balik ke Kedah pagi Jumaat tu.


Alhamdulillah sampai kat kampung dalam pukul 3 petang.
2 hari sebelum balik tu CP dah siap-siap mesej Long..

"kak.. nanti tolong la masakkan ayam masak kicap."

Jadi.......

Taraaaaa....

Tengahari tu dapat lunch nasi panas dengan ayam masak kicap dan sup sayur 😋



Petang tu pula, kakak ipar CP datang hantar kuih apa nama ntah..



Seronok makan beramai-ramai sambil berborak macam-macam cerita.
4 bulan tak balik jadi, banyak benda lah family di kampung nak cerita.

Malam lepas solat Isyak, CP keluar dengan anak-anak sedara.
Kami pergi dinner di Restoran Rimba Rasa.
Oh! CP terlalu rindukan spaghetti buttermilk kat sini.

Spaghetti Buttermilk Chicken

Buttermilk Chicken Rice

Korean Spicy Chicken

Fun Fries

Makan sambil melayan anak-anak sedara bercerita masalah diaorang..
Hey..!! I am a good listener tau.. 😁


She cried 😅


Balik rumah dah lebih jam 11 malam.

Sabtu pagi, Teh beli makanan untuk sarapan pagi tu... macam-macam ada 😁
Selalu nye macam ni lah.. sarapan memang jarang masak.


Tengahari lunch di rumah abang CP.
Lauk special untuk lunch hari tu, Long masakkan Crispy Chicken Manggo.


Kakak ipar CP pula buatkan Kerabu Sotong.


Fuh! Memang bertambah CP makan 😅

Sebelah petang lepas Asar, CP keluar dengan Cik dan anak-anak sedara.
Kami ke Tanjung Dawai nak beli mee udang untuk makan malam.
Sebelum beli mee, kami singgah bergambar kejap tepi pantai.
Arrghhh!!! Rindu nak mandi laut..!!



Mula-mula nak bungkus mee udang kat kedai Rimbun Mambu
tapi MasyaAllah.. panjang beraturnya.
Jadi, kami ke Restoran Mee Kuah Tulang Singkir Darat.

Sementara menunggu mee udang kami siap, kami duduk minum dan
order sepinggan mee tulang.. share berlima 😅



Malam tu kami dinner beramai-ramai di rumah abang.



Hari Ahad, CP dan family Teh bertolak balik ke KL jam 11 pagi.


Alhamdulillah perjalanan lancar.
Ada beberapa tempat je yang jam tapi tak lah teruk.
Singgah solat dan makan di hentian rehat Tapah.



Selamat sampai rumah Teh di BTHO jam 6 petang.

Alhamdulillah, walaupun cuma balik sekejap je tapi
puas hati dapat hilang rindu dengan family di kampung.



12 comments:

  1. Best giler balik kg kan... Ahad, balik K. L Akk stop kat Restoran Jejantas. 6 ptg sampai umah.

    ReplyDelete
  2. Benda penting bila balik kampung adalah masakan rumah. Memang order siap2 nak makan. Sebab lama teringin. Bestnya dah balik kampung, terubat rindu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszaaa... kena order awal supaya orang di kampung boleh prepare hehehehee..

      Delete
  3. Boa tarde minha querida amiga. Viajo com suas fotos e matéria. O meu prato escolhido seria o espaguete com frango.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bom Dia meu amigo. Ótimo! Temos o mesmo gosto :)

      Delete
  4. Alhamdulillah..seronok dah boleh rentas negeri. dapatlah balik kampung sekejap. Macam-macam aktiviti dan juadah bila dah lama tak balik kampung tu. Lapar balik tengok makanan kak CP

    ReplyDelete
  5. seronok nyer la baca entry Pya ni.
    dpt feel. dgn makanan yg sesedap.
    this is the real balik kampung! best!

    ReplyDelete