"Cik.. jom pi Pekan Rabu Aloq Setaq nak dak?"
"Boleh gak. Kak pun dah lama tak pi."
So, petang semalam lepas solat Asar kami ke Alor Setar.
Semata-mata nak ke Pekan Rabu 😊
Tapi sebelum pergi tu, call ajak Long pergi sekali.
Long dah balik ke rumah dia pagi semalam selepas 2 malam tidur di rumah kami.
Masuk je bangunan Pekan Rabu tu tengok banyak kedai yang tutup.
Kedai yang menjual pakaian kebanyakan nya tutup.
Yang banyak buka kedai yang menjual makanan dan barang kraft.
Beli bahulu yang dibakar kat situ.
Crunchy di luar, lembut di dalam. Sedap!
Masuk kedai pakaian sebab Long nak beli tudung.
Nak suitkan dengan baju untuk majlis 2hb nanti.
Tengok baju kurung Kedah teringat dekat my GulaHati.
Baju kegemaran arwah. Setiap kali kalau ke pekan hari,
CP akan beli sehelai untuk arwah.
Suka tengok arwah pakai.. comel!
Al Fatihah untuk my GulaHati 😢
Memandangkan Long puasa, kami cancel nak makan kat Pekan Rabu ni.
Usai membeli, kami terus bergerak balik.
Sebelum sampai rumah Long, kami singgah tapau Nasi Lemak Royale
di cawangan Simpang Kuala.
Favourite CP lauk telur sotong, ayam goreng bawang dan telur dadar.
Lepas hantar Long kat Simpang Empat, kami langsung balik ke rumah.
Sampai rumah dalam pukul 7.45 malam.
Hasil tangkapan di Pekan Rabu semalam...
Tak banyak membeli pun sebenarnya.
Lebih kepada window shopping je semalam 😊
pernah singgah pekan rabu masa outstaion ke kedah...mcm2 bole beli tu
ReplyDeleteRambang mata kan kalau singgah sini?
DeleteRasa nak beli je semua.
CP tak banyak membeli sebab mengenangkan lambat lagi nak balik ke KL.
Sedapnya tengok nasi lemak tu. Suka pergi tempat macam pekan rabu tu, dapat beli kueh tradisional. :)
ReplyDeleteNasi lemak tu lebih kepada nasi kandar sebenarnye :)
DeleteYa.. banyak kuih tradisional dijual di sini.
kak ana belum pernah sampai lagi Alor Setar ni CP , teringin sangat tengok makanan2 tu sedapnya :)
ReplyDeleteKalau ke AS, mesti singgah ke PR ni
ReplyDeleteKadang pergi tempat macam ni terapi gak. Kadang beli ciput je. Tak pernah lagi sampai pekan rabu. Alamklumlah jarang nak bercuti ke utara nun.
ReplyDeleteYa Allah telur sotong !!!!!! ni buat rinduuu nasi kandar Penang ni whyy whyyyyyy I miss Penang cemni hahaha..
ReplyDeletelama gila saya pun tak ke Pekan Rabu.. dulu kalau raya kadang2 suka cari baju raya disana. eehhh di kawasan2 sana tu kan banyak kedai baju2 kurung..