Monday, December 7, 2020

Sambutan Birthday Untuk Hana

Edit Posted by with 10 comments
Sambutan birthday untuk cucu CP ni sambutan yang tertangguh sebenarnya.
Birthday Hana 17 November lepas tapi Sabtu lepas baru anak sedara CP
berkesempatan nak buat sambutan.


Majlis bermula selepas Zohor tapi CP sengaja pergi awal.
Pukul 1 tengahari CP dah sampai kat rumah Habib (anak sedara).
Seronok melayan si kecik ni sementara menunggu family lain sampai.



Makanan hari tu Habib tempah daripada ex-staff TNB.
Nasi minyak, ayam masak merah, kambing (masak apa ntah) dan acar.

Nasi Minyak

Ayam Masak Merah

Kambing masak apa ntah

Acar

Sedap gile nasi minyak tu... CP makan nasi bertambah hahahaha..

Selain nasi, ada juga set pizza Dominos.





Buah tembikai dan anggur sebagai pencuci mulut.



Majlis bermula dalam pukul 3 petang.







Happy sangat dapat berjumpa dengan semua family CP yang tinggal di KL.
Seronok berbual sampai terlupa nak ambil gambar.
Sekeping gambar pun tak ada tau... aduhai đŸ˜…

Dah hampir Maghrib family semua beredar balik.
CP tak balik. Malam tu CP tidur kat rumah Habib.
So, malam tu seronok lah melayan si Hana ni main hadiah yang CP bagi.



Once again, Happy Birthday Hana.
Tok Darling doakan semoga Hana membesar menjadi
anak solehah dan membanggakan keluarga.
Serta semoga Hana berjaya dunia akhirat.
Tok Darling love you much đŸ’™






10 comments:

  1. Alahai comelnya... baru nombor satu!

    ReplyDelete
  2. Happy birthday untuk cucu Kak CP. Bestnya ada celebration. Nasi macam kenduri dah. Sedap tu nasi minyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aunty Fiza.
      A'ah.. hilang rindu nasi kenduri hehehe

      Delete
  3. Happy belated birthday cucunya yang comel sangat! Cantiknya tart! Kebetulan Firdaus tertengok, katanya Mommy itu tart animals! Jangan dia minta saya carikan sudahlah hahaaa... mana nak dapat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aunty Amie on behalf of my cucu.
      Hahaha.. Mommy pandai masak.. mesti boleh buat sendiri :D

      Delete