Friday, December 25, 2020

Jumaat Terakhir Di Tahun 2020

Edit Posted by with 9 comments
Hari ni merupakan hari Jumaat terakhir di tahun 2020.
Emm.. apa aktiviti korang untuk hari ni?

CP?

CP happy dapat habiskan masa dengan keluarga di kampung.
Pagi tadi kami keluar sarapan di warung Peknga Ikan Sekoq di Yan.


Terkejut pekerja warung tu bila abang ipar order 7 set peknga
dan 7 set roti canai.. sebab kami datang 7 orang.
Biasa kan orang akan oder sama ada roti canai atau peknga.
Abang ipar nak kami rasa dua-dua sebab dia kata dua-dua sedap 😅

Nah..!! Penuh meja dengan makanan..


Eh..!! Tau tak peknga tu apa?

Peknga tu sebenar nya lempeng kelapa.
Kat Kedah ni famous lempeng makan dengan gulai ikan kembung.


Nikmat sangat dapat makan dengan keluarga sambil disajikan
permandangan sawah padi dan Gunung Jerai depan mata.


Lepas sarapan, CP ikut kakak pergi pasar.
Bukan nak beli ikan tapi nak cari buah.
Balik dari pasar, kami adik beradik perempuan lepak berbual.
Lama tak jumpa kan.. macam-macam topik le yang dibualkan.

Tetiba abang call, ajak makan lunch kat rumah dia.
Oh! ya.. rumah adik beradik CP ni sebelah-menyebelah je.
Sebab tu lah boleh pilih nak makan kat rumah siapa 😁

Di kampung CP, solat Jumaat macam biasa.
Jadi, kami lunch selepas kaum lelaki balik dari solat Jumaat.
Kakak ipar CP masak special, kambing masak cili.
Tapi lupa nak ambil gambar 😅

Sebelah petang, lepas Asar kami keluar sekali lagi.
Kali ni menujuk ke Kampung Kuala Dulang Kecil.
Nak makan mee udang.
Abang CP cakap mee udang kat sini lagi sedap compare dengan
mee udang hari tu [sini]


Orang ramai.. mungkin sebab hari ni cuti umum kot.
So, sementara tunggu turn makanan kami sampai..
CP dan my ladies pergi bergambar kat kuala.



Tak lama lepas tu kakak call bagitahu makanan dah sampai.

Tengok mee udang dan kue teow goreng dia...



Udang-udang tu fresh.. manis.
Memang betul mee udang kat sini sedap cuma kuah tu sedikit cair.
Kalau kuah tu pekat sikit lagi, mesti lagi umppphhh!!

Balik rumah, CP kena buat kerja office...!!!!
Rasa nak nangis pun ada tau sebab kena kacau time cuti.
Sebenarnya kan, satu hari ni kena kacau.
Sistem yang CP jaga ada masalah 😭😭😭

Kebetulan hari ni hari terakhir untuk pegawai input pencapaian dalam SKT diaorang.
Ada je masalah yang staf whatsapp.
Dari pagi hingga la malam.
Cuti pun dah tak serupa dengan cuti.

Tetiba terasa nak batal cuti seminggu.
Rasa macam nak masuk office je minggu depan 😞



9 comments:

  1. Alhamdulillah..Seronok bila dapat balik kampung berkumpul dengan keluarga yang dah lama tak jumpa. First time dengar peknga tu kak CP. Breakfast yang rare. Mungkin boleh cuba bila ke Kedah nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Meh datang Kedah kalau nak makan peknga :)

      Delete
    2. Semoga ada rezeki jejak Kedah lagi dan makan peknga :) Aaminn

      Delete
  2. Wuaaah ... Meleleh air liur saya melihat roti canai juga ...udaaaang.
    Terlihat kezat sekali!.

    Sekamat libur akhir tahun, kak Pya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus datang ke Malaysia kalau mau coba makanan tu semua.

      Mekasih ya mas <3

      Delete
  3. arwah ayah saya sngt suka Peknga.. kalau kat selatan ni panggil lempeng je hehe.. Peknga so utara. hehe.. saya kadang2 suka kadng2 kureng ikut mood..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu sangat suka peknga yang arwah mak buat.
      Guna kelapa muda. Kelapa lebih tepung sikit. Cicah gulai ikan.. sedapppp!!

      Delete