CP nak throwback kenangan di Negombo, Sri Lanka.
Kami transit beberapa jam di Negombo ni.
Sebelum kami meneruskan lagi perjalanan ke Frankfurt, Germany.
Pertama kali menaiki pesawat Sri Lankan Air.
Makanan Muslim dalam Sri Lankan Air.
Dah siap-siap request dengan travel agen nak muslim food.
Sebelum flight landing, diedarkan arrival card ni untuk kita isi.
Lebih kurang 5 jam dalam penerbangan,
kami selamat tiba di Bandaranaike International Airport.
Suasana dalam airport. Airportnya kecil je.
Ahli rombongan. CP seorang je staf Pelaksana. Yang lain pegawai dan pensyarah UPM 😁 |
Hotel yang disediakan oleh agen terletak di Negombo.
Negombo merupakan bandar keempat terbesar di Sri Lanka
selepas Colombo, Kandy dan Jaffna.
Antara yang sempat CP snap sepanjang perjalanan ke hotel.
Tut-tut merupakan main public transport kat sini.
Sama seperti di India dan juga Thailand.
Goldi Sands Hotel nama hotel yang disediakan agen untuk kami.
Cantik bilik hotelnya. Simple dan kemas.
Biliknya tak besar pun. Just nice untuk 2 orang.
Permandangan dari balkoni bilik CP |
Yang lagi best tu, hotel ni berdepan dengan pantai.
So, dapatlah merasa angin pantai Negombo 😁
Pantainya sangat bersih. tapi sayang tak boleh nak mandi
sebab masa tu ombak sangat kuat.
Masa jalan-jalan kat tepi pantai, ada orang datang jual barang.
Ada yang jual kain, ada juga yang jual souvenir.
Satu yang uniknya di Negombo ni ialah pakaian utama kaum lelaki.
Kain sarung... sana sini akan kelihatan lelaki memakai kain sarung atau kain pelikat.
Pakai kemeja kemas cantik pun, tetap berkain sarung juga.
Macam pakcik penjual souvenir tu pakai.
Termasuk juga pekerja hotel.
Tengok lelaki-lelaki yang tengah berjalan kat belakang CP tu.
Malam tu kami makan malam di hotel.
Hidangan buffet makanan-makanan tempatan.
Ini antara makanan tempatan yang disajikan kepada kami.
Tapi jangan tanya nama makanan, CP dah tak ingat 😅
Selepas makan malam di hotel, kami menaiki bas ke
Bandaranaike International Airport.
Bandaranaike International Airport.
Eh! Nak tau tak.. kat sini, pegawai akan periksa samada passport kita tu
original atau tidak.
Dan yang mengejutkan tu kan.. pemeriksaan dilakukan secara MANUAL..!!
Mula-mula dia akan tanya kita dari negara mana.
Contoh kita jawab "Malaysia". Nanti dia akan cakap bahasa Malaysia dengan kita.
Nak pastikan kita ni lancar atau tidak berbahasa Malaysia.
Sambil akan naik turun, belek passport kita tu.
Bayangkan lah berapa ribu orang yang dia nak kena check macam tu.
Pakaian pramugari Sri Lankan Air.
Sari bercorak peacock. Cantik kan?
Flight kami berlepas dari Colombo ke Frankfurt dalam pukul 2.30 pagi.
Wawah...bestnyer dah sampai Sri Lanka...
ReplyDeleteSekejap je kak. Beberapa jam je.. hehehe
DeleteGambar depa tangan wajib kan? hehe
ReplyDeleteTrademark tu uncle.. hahaha
DeleteMenariknya, paling suka tengok tuk tuk dengan menara jam kat roundabout kecik tu
ReplyDeleteTerima kasih. Time tu tak pandai nak ambil gambar lagi. Main snap je.. hehehe
DeleteBoa tarde minha querida amiga. Que viagem maravilhosa e especial, viajo com as suas fotos. Se morassemos perto eu faria encomenda de um chaveiro para minha coleção.
ReplyDeleteBoa tarde meu amigo. Se ficarmos perto, com certeza vou comprar o chaveiro para você :)
Deletewalaupun bebrapa jam dapatlah jgk kn dik jejak kaki ke sri lanka..sampai brp jam nak habis cek secara menual kan..hihii lecehnya
ReplyDeleteYe betul tu kak. Yang penting dapat bergambar dengan signboard Sri Lanka..hehehehe
DeleteTu lah... jenuh kan?
Jenuh nak check secara manual tu. Mujurlah airport dorang kecil je kan. Suasana kat hotel nampak moden sikit berbanding view yang lain. Seronok juga dapat jejak negara sri lanka ni.
ReplyDeleteKan?
DeleteWalau pun kecil tapi ramai juga orang.
Ya.. tak sangka juga lah hotel dia cantik macam tu.
Awal2 tu dah risau terbayang hotel yang kotor bila tengok persekitaran bandar dia.. hehehehe
Eh, ada tut tut di Srilanka ..
ReplyDeleteKalau di Indonesia disebutnya bemo, kak 😊.
Wuaah, berarti kalau jualan sarung di Srilanka laris manis ya ..., Lah semua lelaki pakainya sarung 😁
Ya.. main public transport di sana.
DeleteOh..! Baru tahu panggil demo. Ingatkan angkutan 😁
Yuk.. buka butik di sana jual sarung hehehehe