Dah mula cirit birit.. bertambah satu lagi simpton.
Bayangkan lah.. dah la tak makan cuma minum je pastu cirit birit pulak.
Apa je lah yang tinggal dalam badan ni...
Harapkan air zam zam dan susu je sebagai pemberi tenaga 🥺
Masa ni kalau buka apps MySejahtera, semua simpton yang disenaraikan tu
semua nya CP kena kecuali muntah..
Kiranya kalau tak pergi swab test pun memang dah boleh agak CP positif Covid-19
based on simpton yang disenaraikan...
16-05-2021
Badan dah semakin lemah.. dah tak ada tenaga dah.
Cirit birit makin menjadi-jadi tapi yang keluar nye cuma air je.
Abg Yeh ada bagi nom phone Klinik Zahran.
Kata dia, staf klinik boleh datang buat ujian swab kat rumah.
So, CP pun call both nombor tapi tak ada orang jawab.
CP mesej salah satu daripada nombor tu jawapan yang CP terima...
CP mesej pula no yang diberi tu tapi tiada balasan.
17-05-2021
Again pagi-pagi CP mesej lagi nombor Klinik Zahran tu.
Sama macam semalam.. tak berjawab juga.
Jarak klinik yang paling dekat dengan rumah CP tak sampai pun 2 km
Tapi nak drive sendiri ke sana memang dah tak daya dah.
Nak minta tolong jiran atau family, CP tak berani.
Sebab CP dah rasa diri CP positif. CP takut berjangkit pula nanti.
Hari ni batuk dah makin teruk.
Dada dah makin sesak sangat nak bernafas.
CP baring mengiring kat sofa untuk mudahkan CP bernafas.
Malam tu kakak CP yang kat BTHO mesej bagi nom phone orang Klinik Kesihatan.
Kakak tak boleh nak datang.. kebetulan dia satu family kena kuarantin
sebab anak sulong dia positif Covid tapi tak ada gejala.
So, anak dia cuma kuarantin kat rumah je.
Tapi sebab dah malam kan so, CP cakap kat kakak esok CP call.
To be continue…
ALLAHU..Takutnya Acu..x dapat bayangkan macam mana Acu hadapi sorang- sorang
ReplyDeleteAcu sendiri pun rasa macam miracle boleh hadap keadaan tu sorang2
Deletewallahu.. menyeramkn kalo kene covid.. huhuhu
ReplyDeleteYe betul wak... menakutkan
DeleteAcu sangat strong!
ReplyDeleteAcu sendiri pun tak sangka acu sekuat tu
Deletebila dh ada smua simptom tu sure lg seram kan
ReplyDeleteYe betul mama
Delete