Monday, October 18, 2021

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 7

Edit Posted by with 2 comments
19-05-2021 hingga 25-05-2021

CP letak sini perkembangan diri CP sepanjang CP koma
yang di update oleh anak-anak sedara CP....






Sepanjang dalam ICU, setiap hari doktor akan buat video call 
kepada kakak untuk update condition CP.

Kemudian kakak akan blast pada group family dan kepada pengarah CP
dan kawan-kawan yang mana kakak simpan nombor diaorang.
Kawan-kawan yang terima daripada kakak pula akan forward message
atau voice message kakak kepada kawan-kawan yang lain.
Habib akan update perkembangan CP kat Facebook.

Macam tu lah setiap hari sepanjang CP dalam wad ICU.

Untuk makluman, CP kena Covid-19 Pneumonia Category 5.
Kata doktor, masa first day CP sampai hospital [sini], 
spo2 level CP tinggal cuma 20%..
semua organ dalaman CP rosak..
dalam badan CP penuh dengan racun..
sampai doktor tanya

"Awak nak bunuh diri ke?"

Allah.. tak tahu nak jawab apa 😢

Mengalir air mata bila CP tengok semula video yang dirakam semasa doktor call kakak.

Ya Allah..!!

Macam tak percaya itu adalah diri CP.
Takut sangat tengok. 
Dalam tak sedar, mengalir air mata.

"Maksu.. kak ni maksu. Dengar tak?"

"Maksu kena kuat. Kami kat sini semua ada dengan maksu.
kami semua doakan untuk maksu.."

Tu lah ayat yang kakak tuturkan setiap kali video call.
Tapi CP langsung tak bagi respond.
Sedih nye ya Allah 😢

Doktor kata paru-paru, buah pinggang dan jantung tidak menunjukkan 
perkembangan positif. Cuma hati je yang memberi berita baik.

Melihatkan organ-organ penting tak memberi kerjasama yang baik
maka doktor beritahu family untuk bersedia "kehilangan" CP selamanya 😢




Kalau tak silap, hari ke-4 CP koma doktor dah mula buat dialisis.
Setiap kali dialisis, 1 pek darah baru akan dimasukkan ke dalam badan.
Doktor kata, buah pinggang CP tak boleh produce darah baru sebab tu
terpaksa tambah darah.

Family ada minta masjid dan pusat tahfiz untuk adakan bacaan Yassin
serta buat solat hajat pohon kesembuhan dan dipermudahkan segalanya untuk CP.

Selain daripada family... kawan-kawan sekolah, kawan-kawan semasa matrik dan
semasa di universiti juga mengadakan bacaan Yassin berjemaah melalui online.





Kelab Rekreasi pejabat CP dan pihak Sahabat Masjid UPM juga adakan bacaan 
surah Yassin untuk pohon benda yang sama.

CP juga dimaklumkan yang officemate CP membuat kutipan dan hasil daripada
kutipan tersebut, mereka agihkan kepada dua buah Pusat Tahfiz untuk mengadakan
solat hajat dan bacaan Yassin untuk CP.


Lebih mengharukan lagi, orang yang CP tak kenal seperti kawan-kawan kakak,
kawan-kawan anak sedara, kawan-kawan kepada kawan CP yang turut 
mendoakan kesembuhan untuk CP.

"Acu bertuah. Ramai orang doakan acu. Kami belum tentu dapat apa yang acu dapat."

Allah... terima kasih semua.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas semuanya.
Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kalin semua.




To be continue...





2 comments:

  1. Terus teringat saat along bertarung nyawa akibat H1N1 dulu...x semena- mena mengalir air mata ni...x dapat bayangkan perasaan semua orang masa tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Bila ingatkan semula memang mengalir air mata.

      Delete