18-05-2021
Selepas di tidurkan di dalam ambulan [sini],
CP tak tahu dah apa yang berlaku di sekeliling CP.
Ini daripada apa yang diceritakan semula oleh family...
"Acu ada call Teh tak? Ambulan bawa acu pi hospital mana?"
Soalan Habib (anak sedara) kepada kakak dijawab dengan jawapan
"Takdak. Teh pun tak tau"
Mula lah diaorang kelam kabut. Habis kecoh dalam group Whatsapp family.
Anak-anak sedara CP call beberapa hospital termasuklah Hospital Sungai Buloh
cari nama CP tapi jawapan yang diterima semua
"Tiada"
Akhirnya pencarian mereka berhasil...
Hampir jam 3 petang, Habib dapat tahu CP kat Hospital Serdang.
Itu hospital yang terakhir mereka call.
Bila dah tahu CP kat hospital mana, mereka dah mula risau pasal rumah.
Takut rumah CP tak tutup dan tak berkunci.
Alhamdulillah ada jiran CP post status ni kat FB dan tag CP.
Kakak call tanya jiran CP tu.
Jiran CP cerita keadaan CP masa ambulan datang ambil tadi.
Lagi risau lah semua orang.
Memandangkan kakak sekeluarga pakai gelang pink [sini] tak boleh nak keluar rumah
dan anak-anak sedara pula duduk jauh, diaorang minta tolong dengan EE
yang kebetulan ada di pejabat Putrajaya.
EE ke hospital uruskan pendaftaran CP.
Masa tu CP masih di dalam Red Zone wad kecemasan Hospital Serdang.
Walaupun condition CP teruk tapi belum dapat masuk ke wad ICU sebab wad penuh.
Result swab yang dihantar kepada kakak menunjukkan CP sah positif Covid-19.
Dalam pukul 6.40 petang kakak mesej dalam group family
"Maksu dikomakan sekarang dan doktor pasang intubate untuk pernafasan.
Ada perkembangan daripada mula masuk tadi lepas pasang intubate tu.
Sekarang masih kat red zone, mungkin esok atau lusa akan masuk ICU."
Family makin bertambah risau selepas dapat berita tu.
Dah la tak dapat tengok CP kan.. tiba-tiba dapat berita dah dikomakan.
Anak-anak sedara mula mencari kawan-kawan atau kenalan
diaorang yang bekerja di Hospital Serdang untuk tau keadaan sebenar CP.
Dalam pukul 8.30 malam, Abang Yeh (anak sedara) call wad ICU Covid.
Berita yang diterima sedikit melegakan family bila mana CP dah ditransfer ke wad ICU.
Family mula update status kat platform medsos
so, mana kawan-kawan yang terbaca status tu, mulalah pm diaorang untuk tahu details.
Bz family CP hari tu menjawab pertanyaan daripada kawan-kawan CP
dan juga kawan-kawan diaorang 😅
Dan mula tersebarlah berita CP koma kena Covid.
Memang terkejutlah kawan-kawan dapat berita tu.
Sampai ada yang terkena panic attack.
To be continue...
mesti terkejut sbb tk dpt contest acunya kt spital mana kan...sure kwn2 pn terkejut tu bila dpt brita
ReplyDeleteYe mama.
DeleteMemang family dan kawan2 terkejut.
Bom dia. Desejo muita saúde para você e sua famÃlia.
ReplyDeleteBoa tarde. Muito obrigado.
DeleteAlong yang baca pun terkejut..puas scroll sana sini cari berita ttg acu...
ReplyDeleteTu lah.. tak sangka nak jadi teruk macam ni
Delete