Pagi tu seawal jam 7.47 pagi CP dah punch in untuk kerja.
Bagus kan... sakit-sakit pun tetap semangat nak bekerja 😅
Buka laptop konon nak semak kerja tapi dah tak berdaya dah.
Tak mampu nak duduk lagi dah.. tenaga semakin lemah.
CP baring je kat sofa tu..
"Maksu macam mana hari ni? Try call no kak bagi tu"
Jam 8 pagi kakak mesej remind untuk call orang klinik kesihatan.
Tapi CP tak respond mesej kakak tu.
Bukan setakat mesej daripada kakak yang CP tak balas, ada lagi
beberapa orang yang mesej bertanyakan keadaan CP, CP tak balas juga.
Agaknya disebabkan tiada balasan daripada CP, kakak ambil inisiatif terus
call 999 panggil ambulan untuk ke rumah CP.
Dalam pukul 9 pagi CP dapat call dari Kajang Plaza Medical Center
memaklumkan yang mereka terima call daripada kakak untuk hantar
ambulan ke rumah CP.
Kemudian KPMC mesej.. CP perlu mengisi details dan seterusnya membuat bayaran
sebanyak RM549 dan mesej diaorang semula resit pembayaran.
Emm.. terfikir andai kata waktu tu CP tak ada duit nak bayar,
agaknya ambulan tu pun tak datang kot kan?
So, ambulan sampai dalam pukul 12 tengahari.
Mesej daripada jiran depan rumah CP |
Abang ambulan ketuk grill rumah bagi salam.
CP jawab salam lepas tu cuba bangun nak buka pintu.
Ya Allah..!!
Tak boleh bangun dah.. tenaga macam dah zero..!! 😨
CP terpaksa jadi sistur ngesot.. mengesot dari sofa menuju ke pintu.
Over 30 minit kot rasanya nak berjaya capai tombol pintu tu.
Struggle nak capai tombol sebab CP dah tak mampu nak berdiri.
Alhamdulillah CP dah ambil kunci rumah letak kat sofa sebelum tu.
Kalau tidak, rasa nya diaorang kena pecahkan pintu rumah kot untuk masuk.
Sebaik je berjaya buka pintu, dengan tenaga yang ada CP terus campak
kunci rumah pada abang ambulan. Dia yang tolong bukakan grill.
CP sempatlah minta tolong dia ambilkan handphone dan purse.
CP memang dah ready semua benda-benda tu kat sofa.
Dari pintu rumah nak keluar untuk naik atas stretcher pun ambil masa
over 15 minit rasa nya.. pada hal jarak nye cuma 3 tapak kaki je.
Dalam keadaan struggle nak naik atas stretcher tu, nampak beberapa orang berdiri
kat corridor rumah.. termasuk lah pak guard.
Kenapa mereka tak tolong?
Abang ambulan tu yang tak bagi.
Sebab masa tu, belum tahu lagi samada CP positif Covid-19 atau pun tidak.
Sebaik je dapat naik atas stretcher, laju je dia tolak masuk lif naik ambulan.
Masa ni Allah je yang tau betapa CP tak cukup nafas.. sesak sangat dada.
Dah rasa macam nak mati dah.
Naik je ambulan, abang tu terus pakaikan oksigen.
Dalam tercungap-cungap tu sempat juga CP selfie.
Konon nak hantar gambar tu kat kakak nak bagitau dia CP dah naik ambulan.
Tapi tak jadi nak hantar.. CP dah tak larat sangat.
So, kononnya tunggu nantilah dah sampai hospital baru hantar.
Tiba-tiba...
"Cik, saya nak tidurkan cik ye. Cik mengucap sekarang ye.."
CP mengucap. Sebelum tutup mata, CP nampak wajah arwah mak dan arwah ayah.
Lepas tu dah tak tau apa-apa dah...
To be continue...
oh cpt btul dh trus utk tidurkan ye
ReplyDeleteYe.. tanya doktor masa kat icu, kata nye sebab nak bagi paru2 berehat
Deletesebab paras oksigen rendah sanagt ke Acu diorang terus tidurkan tu?
ReplyDeleteYe along.. kata doktor sebab nak paru2 berehat
Delete