Tuesday, October 26, 2021

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 8

Edit Posted by with 2 comments
26-05-2021 hingga 31-05-2021

Berita yang diterima dari Hospital Serdang..


Alhamdulillah.. berkat doa serta usaha daripada family dan kawan-kawan 
syurga semua, CP sedar daripada koma pada 26-05-2021,
Seluruh ahli keluarga, kawan-kawan semua bersyukur dengan berita tersebut.
Ada yang sujud syukur.

CP mula bagi respond kepada kakak semasa doktor buat video call
pada 27-05-2021... sehari selepas sedar.
Itu pun respond CP cuma buka mata dan mengangguk bila kakak panggil.

"Maksu.. kak ni maksu. Dengar tak? Maksu..."

Sayu dengar suara sebak kakak dalam video tu 😢

Masa tu CP masih menggunakan bantuan oksigen tapi bantuan
oksigen biasa je sebab CP dah boleh bernafas sendiri.

Selepas sedar, tiub salur minum susu yang dipasang telah dibuka.
CP dah boleh makan macam biasa tetapi belum boleh makan solid food.
Setiap hari makan bubur. Nurse tolong suapkan.
Masa tu masih belum ada tenaga nak menguruskan diri sendiri.
CP pakai pampers dan dipasangkan tiub kencing.

Selepas 15 hari dirawat di wad ICU...

"Sofi, malam ni kita nak pindahkan awak ke wad biasa ye.
Dah ada katil kosong dah kat wad Covid.."

Tengah malam 31-05-2021, CP ditolak ke wad covid 7B.

Masa ni Hospital Serdang belum lagi menjadi fully hospital covid.
Wad lain masih ada lagi pesakit yang berpenyakit selain covid.
So, masa nak ditolak ke wad 7B tu
CP dipakaikan face mask dan di tutup dengan plastik
dari muka hingga ke kaki 😅

Terasa kelakar pun ada.. takde handphone masa ni
so, tak dapat lah nak selfie buat kenangan.. hahaha.




To be continue...






2 comments:

  1. Aduhai..serius la diornag tutup dengan plastik dari muka sampai kaki...sedihnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye along.. macam kita tengok diaorang bungkus mayat pesakit covid tu.. haa lebih kurang gitu lah.
      Cuma yang ni tak berbungkus just alas plastik je atas badan.

      Delete