Wednesday, October 27, 2021

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 9

Edit Posted by with 9 comments
01-06-2021 hingga 16-06-2021

Bermula kehidupan CP dalam wad covid 7B.
Rutin harian dalam wad ni bermula jam 5 pagi.
Segerombolan nurse akan datang untuk tukar pampers,
tukar kain baju dan bersihkan pesakit yang tidak boleh bergerak.


Pukul 8 pagi sarapan akan diedarkan.
Kalau dalam wad ICU ada nurse yang bantu suap,
kat wad covid ni kenalah makan sendiri.
Pesakit ramai.. so, tak ada special treatment kat wad ni.

Kadang-kadang CP minta bantuan nurse atau Kak Faridah
untuk tolong bukakan bekas makanan dan cucukkan straw untuk minum.
Oh ya! Dalam wad ni makanan diberi dalam bekas pakai buang.

Tengok tangan CP.. bengkak dan lebam.


Ni antara sarapan yang CP sempat snap..





Lepas sarapan kena makan ubat pula.

Dalam pukul 9 doktor akan datang melawat setiap pesakit.
Setiap hari berlainan doktor yang datang.
CP tengok doktor terus buat laporan menggunakan voice message
ke dalam group Whatsapp diaorang kot..

Selepas pada tu, waktu bebas.
Ada yang tidur, ada yang berbual, ada yang melakukan exercise,
ada yang mengaji atau membaca dan ada juga yang termenung tak buat apa-apa.

CP biasa nya akan main spirometer ni.
Diberi oleh pegawai fisio untuk exercise paru-paru.


Tapi tak lama pun boleh main sebab semput.
Dalam 1 jam tu ada lah 3 kali macam tu
Penat main tu, CP tidur je.. hahaha

Atau pun buat dialisis.
Waktu buat dialisis ni, biasanya pegawai tu tak bagi CP banyak bergerak.
Sebab tapak dialisis tu di buat kat peha.
Kalau CP bergerak nanti mesin tu akan keluar error.
So, kena lah dok keras kejung selama 4 jam tunggu dialisis habis 😅




Setiap kali buat dialisis, CP akan tambah 1 beg darah.
Kata pegawai tu, buah pinggang CP tak boleh produce darah baru
sebab tu kena masuk darah lain dalam badan.



Masa dalam wad covid ni, 2 kali CP sempat buat dialisis.

"Kak, nanti doktor akan datang buka tapak dialisis akak"

Dah tak payah dialisis dah.. Alhamdulillah.
Doktor datang buka tapak dialisis pada 09-06-2021.
Syukur sangat-sangat.

Lunch diedarkan dalam pukul 12 tengahari.
Antara menu lunch CP sepanjang dalam wad..





Maksimun 3 sudu je yang boleh ditelan.. tak lalu nak makan.
Kadang tu langsung tak sentuh nasi dan lauk tu semua.
CP cuma makan buah je.. ada masa CP minta buah lebih.
Kalau ada buah extra memang nurse akan bagi je.

Kemudian rehat lagi... apa lagi sambung tidur lah
atau pun main handphone.

Dalam pukul 4 petang datang lah minum petang.
Biasanya diberi biskut atau kuih.

Makan malam diedarkan jam 7 malam.
Menunya lebih kurang sama je macam menu lunch.
Kadang CP minta tolong Kak Faridah buatkan air susu panas.
CP cicah biskut. Tak lalu dah tengok nasi.

Dalam wad, setiap 4 atau 5 jam sekali nurse akan datang
untuk check suhu badan, tekanan darah, level spo2 dan bacaan gula.
Setiap hari tak pernah gagal.

Kalau demam, dia akan bagi kita panadol.
Kalau kita ada sakit kat mana-mana bahagian badan
bagitau je diaorang, nanti diaorang akan inform pada doktor
untuk datang check.

Sebut pasal ubat, masa kat wad covid ni
CP perlu makan dalam 20 biji ubat.. pelbagai jenis.
Tapi ni hampir separuh kurang nya berbanding masa dalam wad ICU.


Setiap hari badan CP akan disuntik ubat untuk cairkan darah.
Doktor tak nak berlaku darah beku dalam badan.

Dalam pukul 8 malam macam tu, segerombolan nurse akan datang
untuk tukarkan pampers.
Kiranya dalam sehari, 2 kali pampers ditukar.
Tapi in between, kalau kita dah terberak boleh je minta tolong
nurse tukarkan.

Selepas tu dah tak ada buat apa-apa aktiviti.
Biasanya dihabiskan dengan berbual dengan pesakit lain.
Kak Faridah tu untung boleh kenal dengan ramai orang
sebab dia boleh bergerak. Macam CP ni, hanya mampu tengok je lah.
Kalau nak berbual pun hanya dengan pesakit yang berdekatan
dengan katil CP je.

Kalau bosan sangat CP video call dengan family atau kawan-kawan.
Tapi tak boleh lama sebab rasa semput bila banyak berbual.


Dalam pukul 1 atau 2 pagi, doktor akan datang untuk ambil darah.
Setiap hari kena ambil darah... paling sakit bila kena ambil 
darah dekat urat nadi.. Allah..!! Sakit sangat 😣

CP ni pula berbadan besar.. doktor susah nak cari urat.
Kadang-kadang 3-4 kali cucuk baru dapat ambil darah.
Setiap kali doktor cakap nak ambil darah, mulut dah
terkumat kamit zikir minta Allah mudahkan.

Selama dalam wad, kira ni lah yang paling azab.. huhuhu.

11 hari dalam wad covid, pada 12-06-2021 CP dipindahkan
ke wad post-covid 6B.. Alhamdulillah.

Rutin hariannya masih sama seperti di dalam wad covid.

Di sini CP mula diajar untuk bangun dan duduk 
berjuntai kaki di tepi katil.
Masa first time tu, mampu bertahan beberapa minit je.
Lepas tu tumbang... pening oiiii...!!!
Masuk hari ketiga atau keempat baru CP okay.

Kat wad ni juga, doktor benarkan untuk buka tiub kencing.
Boleh tahan pedih juga masa kena tarik tu 😅

CP ada bagitau doktor, nak minta turun dari katil
tapi doktor tak izinkan.
Kata doktor, badan CP belum ready untuk tu 😞

Kat wad ni almost setiap hari pegawai fisio datang.
Diajar light exercise untuk CP buat di atas katil.
Terutama exercise untuk kuatkan otot kaki.

Masa kat wad ni, Dr. Sa'ari; doktor pakar Rehab ada
beberapa kali turun jumpa CP.
Tengok keadaan CP masa tu, Dr. Sa'ari suggestkan CP beli wheel chair.
Ia untuk memudahkan CP bergerak di rumah selepas discharge
selagi CP masih belum boleh berjalan.


Pada 17-06-2021, Dr Sa'ari arahkan CP dipindahkan ke wad medical 8C.
Sepatutnya nak masukkan CP ke wad rehab tapi sebab takde katil kosong
so, CP ditempatkan sementara di wad 8C.



To be continue...







9 comments:

  1. Adoi! Banyak nya pill dia! Macam nasik!

    ReplyDelete
  2. Seram along tgok pil tu semua Acu...Acu kuat semangat sebab tu Acu cepat sihat..dulu bangun dari koma pun along duk makan banyak ubat, dialysis dan exercise....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekarang ni cuma tinggal 2 je.
      Oh along pun kena dialisis gak ek

      Delete
  3. Boa tarde. Desejo plena recuperação total da sua saúde.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dh sihat walafiat kann., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum 100% tapi alhamdulillah getting better day by day :)

      Delete
  5. Seram tengok ubat & kesan lebam sis tu. Wu2. Datang singgah sini tambah rakan dari blog Wak Lat.

    ReplyDelete