Throwback pertama Cik Darling ialah bercuti ke Bandung dengan anak-anak sedara
kejadian berlaku pada bulan Mei 2015
Cik Darling ke sana bersama dengan anak sedara Cik Darling; Mira dan Mimi
dan sorang lagi kawan kepada Mira.. nama nya Diba (tudung coklat)

Flight kami dari KLIA2 jam 9.30 pagi
Alhamdulillah flight bertolak tepat pada waktu nya
kami selamat tiba di Bandara Sastera Negara sekitar jam 10.35 pagi waktu tempatan

Kebiasaan orang bila sampai je terus ke hotel
memandangkan waktu masih awal pagi, kami terus ke Tangkuban Perahu
sekarang bayaran masuk ke Tangkuban Perahu sekali ganda mahal nya
kalau dulu harga nya cuma Rp150 ribu tapi sekarang sudah menjadi Rp 300 ribu
itu kalau pergi semasa hari minggu
Cik Darling dah berkali-kali ke sini
Mira dan Mimi pun dah pernah ke sini
cuma Diba yang pertama kali ke sini
ni kali pertama ke Indonesia sebenar nya





Puas bergambar perut minta di isi
asal nya nak makan gorengan je
tapi semua jadi terliur tengok bungkusan maggi Indo Mee
masing-masing order Indo Mee
Cik Darling oder mee bakso






Usai makan, kami jalan-jalan tengok souvenir
tapi tak ada sorang pun di kalangan kami yang beli
cari Pak Supir terus kami ke destinasi lain pula
....to be continue....

0 xoxo:
Post a Comment