Followers

Food Walk:: Leleh

Friday, February 28, 2020

Lepas penat panjat tangga Batu Caves [sini]
Cik Pya dan Ain ke MyTown Cheras.
Ada barang nak cari kat situ.

Selesai beli barang, sebelum balik kami singgah makan di Leleh.
First time jumpa kedai Leleh ni dan first time juga nak
makan kat sini.


Kedai dia kecil dan simple je.
Masa kami masuk tu, tak ramai orang pun.




Menu makanan dia pun tak banyak sangat.


Cik Pya order Spicy Buttermilk Volcano.
Nasi putih di layer kan dengan telur dadar yang nipis.
Kuah buttermilk penuh. Dimakan dengan ayam goreng yang crispy.
Kemudian ditabur chili flakes untuk ada rasa pedas.
Tapi tak pedas sangat pun. Manja-manja gitu je..


Ain order Special Curry Chicken Rice.
Nasi putih dengan kari ayam. Kemudian ada hirisan telur dadar sikit.


Untuk air, kami oder Milo Float. Order segelas je.
Share minum berdua 😁



Emm.. rasa makanan kat sini ok lah.
Boleh lah kalau nak repeat lagi.




2 xoxo:

Umi Nazrah said...

wah cantik sangat decoration dalaman tu ^_^

mama tisya said...

mmg leleh btul airnya tu