Friday, May 22, 2020

Alhamdulillah Hikmah MCO

Edit Posted by with 4 comments
Subuh 29 Ramadan 1441H alhamdulillah Cik Pya selesai baca al quran 
untuk kali kedua di bulan Ramadan tahun ni 😁
Allahuakbar.. dah lama sangat dah berangan nak khatam al quran 2 kali di bulan puasa.
Tahun ni alhamdulillah.. berjaya..!!
Hikmah kena kawal pergerakan.. tak boleh ke mana-mana.. hehehe


Pukul 11 pagi hari ni, pejabat Cik Pya ada buat majlis khatam quran secara online.
Alhamdulillah dapat khatam dengan office-mates semua.


Rasa happy ni tak tau nak luahkan macam mana.
Alhamdulillah.. syukur sangat...

Oh! ya.. Cik Pya sekarang dah kembali ke rumah abang.
Abang called suruh datang habiskan puasa di sini.
Sekaligus sambut raya dengan family dia kat sini.

So, malam ni alhamdulillah selesai terawikh  terakhir untuk tahun ni.
Terawikh pertama di rumah abang, akhir terawikh pun di rumah abang.

Mohon abaikan persekitaran rumah sebab rumah sewa abang ni studio room je.

Esok inshaAllah hari terakhir kita berpuasa.
Syahdu pula bila mengenangkan Ramadan akan berakhir 😢




4 xoxo:

Andrie Kristianto said...

Bagus bisa kumpul bersama sama dengan keluar dirumah..

ray said...

I like it better this year sebenarnya. Rasa tenang je

Darling Pya said...

Andrie:

Ya.. seronok bila dapat berkumpul begini

Darling Pya said...

Ray:

Betul.. setuju sangat..

Followers