Tuesday, June 23, 2020

Masa Untuk Balik Ke Kajang

Edit Posted by with 2 comments
Cerita baling belakang ๐Ÿ˜


Ahad 14hb hari terakhir Cik Pya di kampung.
Rasa sedih la pula... dah nak kena balik Kajang dah.

Sarapan pagi tu boleh tahan meriah nye ๐Ÿ˜‰


Selain leftover nasi dagang, kari ayam dan kue teow goreng semalam [sini],
kakak masak kan mee goreng dan cucur jagung..
Feveret sangat cucur jagung ni tau..
Cicah pula dengan kuah kacang... oh mai..!!! so sedap..!!


Selepas sarapan, Cik Pya "kerjakan" buah durian ni
untuk dibawa balik ke Kajang buah tangan untuk kawan-kawan ๐Ÿ˜Š


Selain durian, Cik Pya tapau kan juga buah manggis dan rambutan.



Cik Pya juga bawa balik ayam perap frozen ni.
Ni Anuar; anak sedara Cik Pya jual.
Menyenangkan hidup ada stok ayam frozen ni ๐Ÿ˜


Dalam pukul 12 tengahari kami bertolak.
Oh ya! Cik Pya balik ke Kajang dengan Amzar dan Mira; anak sedara Cik Pya.

Alhamdulillah jalan lengang sangat.
Tak banyak kereta.


Kami singgah solat di hentian Tapah.
Kalau balik sebelum ni masa PKP hari tu [sini],
surau di semua hentian rehat di tutup.
Tapi kali ni, surau dah dibuka.



Alhamdulillah Cik Pya selamat sampai di Kajang pukul 5 petang.
Walaupun balik sekejap tapi alhamdulillah dapat hilangkan rindu
dengan family kat kampung.
Dapat juga berkumpul dengan adik beradik walaupun ada
yang tak dapat balik.

InshaAllah panjang umur, Raya Haji nanti kita jumpa ya ๐Ÿ˜Š



2 comments:

  1. Hi good night, how are you? Do you accept one following the other's blog? We can be friends (there is no distance for friendship) and partner with our blogs. https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  2. Luiz Gomes:

    Hi. Good morning.
    I'm good. Thank you.
    Yes sure. We can be friend :)

    I will follow your blog later.
    Anyway, nice knowing you :)

    ReplyDelete