Wednesday, October 28, 2020

WW#139 CP Dan Kaunter Check In Berpisah Tiada

Edit Posted by with 10 comments
CP dan kaunter check in berpisah tiada.
Setiap kali nak fly mesti nak bergambar depan kaunter check in 😅
CP share beberapa keping gambar CP depan kaunter...

Tahun 2009 di KLIA nak fly ke Bahrain

2010 di LCCT nak fly ke Ho Chi Minh

2011 di LCCT nak fly ke Bandung

2010 di Bandara Husein Sasteranegara Bandung nak fly balik ke Malaysia

2012 di KLIA nak fly ke Frankfurt

2013 di LCCT nak fly ke Taiwan

2013 di Taiwan Taoyuan Internatiol Airport nak fly balik ke Malaysia

2015 di Prince Mohammed Bin Abdul Aziz International Airport, Madinah nak fly balik ke Malaysia

2017 di KLIA nak fly ke Muscat, Oman

2019 di KLIA nak fly ke Mauritius

2019 di Cairo International Airport nak fly balik ke Malaysia

2019 di Cape Town International Airport nak fly ke Johannesburg

Kenapa suka bergambar depan kaunter?

Supaya CP ingat flight apa yang CP naik setiap kali fly 😁





Monday, October 26, 2020

Allah Bayar Cash

Edit Posted by with 14 comments

CP terbaca status seorang kenalan di Facebook mengenai rezeki

CP teringat dua kejadian yang berlaku pada CP.
Kejadian pertama berlaku dalam 5 tahun lepas.

Masa tu CP ke pasar malam di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.
Dah selesai membeli, CP dah nak balik tiba-tiba terpandang seorang peminta sedekah.

Gambar ehsan Google

Kedudukan dia betul-betul depan orang jual air balang.
Dalam tangan CP masa tu ada 2 keping duit RM1.
Yang lain duit besar.. maksud CP duit RM20 dan duit RM50.
Masa tu juga lah tekak terasa nak minum air Milo dalam balang tu.
Harga air Milo tu secawan RM2.

Gambar ehsan Google

CP tengok peminta sedekah tu kemudian tengok pula balang air milo.
Terdetik dalam hati...

"Kalau aku sedekah RM1 kat dia ni, nanti tak cukup nak beli air Milo."

Disebabkan tak nak pecah duit yang lain, jadi CP batalkan niat nak sedekah.
(Ya Allah! Ampunkan aku.. tak baik betul 😞)
Dengan tidak ada rasa bersalah, CP beli air Milo dan terus berlalu pergi
tanpa toleh ke belakang lagi.

Nak tau apa jadi?

Buka pintu kereta, nak sangkut air kat penyangkut di belakang seat tiba-tiba kan...

Gedebushh..!!!

Air Milo tadi jatuh atas lantai dalam keretaaaaa..!!!! 😭😭😭😭

Ya Allah..!! Air Milo tu habis tumpah.
Terpaksa buang 😭😭😭😭

Masa tu terus timbul rasa menyesal dan bersalah sebab tak bagi sedekah.
Konon nak jimat tak nak pecah duit, sudahnya CP kena keluar duit lebih.
Terpaksa bawa kereta ke car wash nak basuh air milo yang tumpah tu.
Tak pasal-pasal melayang RM10....

Cerita kedua pula berlaku dalam 3 tahun lepas.
Kejadian berlaku di Pasaraya Giant dekat dengan rumah CP.

Gambar Ehsan Google

Masa tu CP beratur nak bayar barang di belakang seorang lelaki Bangladesh.
Dia cuma beli satu barang je... kentang.
CP tak ingat dah berapa harga kentang dia beli tu.

Gambar Ehsan Google

Bila dia tengok harga kat mesin tu, dia keluarkan satu uncang kain yang agak lusuh.
Rupanya dalam tu ada duit syiling.
Satu persatu dia keluarkan syiling tu kira nak cukupkan untuk bayar harga kentang tersebut.
Allah..!! Sayunya hati tengok 😢
CP terus cakap kat cashier tu..

"Takpe kak. Masukkan dalam bil saya. Saya bayarkan sekali dengan barang saya ni."

Orang tu tengok CP. CP cakap...

"Takpe saya bayar. You boleh ambil duit you simpan."

Banyak kali dia ucap terima kasih. Dia ambil kentang terus berjalan keluar.
Sebaik dia pergi, CP terus teringat...

"Allah..!! Kenapa lah aku tak sedekah duit sikit untuk dia?"

Lepas CP selesai urusan di kaunter tu, cepat-cepat CP keluar.
Dengan harapan dapat jumpa orang tadi kat luar.
Tapi hampa... CP tak jumpa dia.
Terasa sedih dan ralat juga lah.

Tak lama lepas kejadian tu, lebih kurang seminggu macam tu
CP dapat panggilan daripada kakak di kampung.

Pihak MADA ambil sedikit tanah sawah di kampung untuk dibuat terusan.
Jadi, pihak MADA bayar pampasan kepada semua tuan punya
petak sawah yang terlibat termasuklah CP salah seorang nya.
Alhamdulillah.. rezeki yang tidak disangka.

Betullah kata orang Allah Bayar Cash di dunia ni atas apa yang kita buat.
Kalau baik yang kita buat, insyaAllah baiklah balasan yang Allah bagi.
Tapi kalau buruk yang kita buat, insyaAllah buruk juga balasan yang Allah bagi.



Thursday, October 22, 2020

Hari Ke9 PKPB Hari Ke3 WFH

Edit Posted by with 20 comments

Hari ni CP bersiaran dari rumah abang CP 😊
Malam tadi berjaya keluar dari Kajang bawa diri ke sini.
CP kan tinggal sorang so, family risau bila tengok kat Kajang
hari-hari ada banyak kes.
So, untuk tak nak tambah lagi kerisauan diaorang, baiklah CP
datang duduk dengan abang di sini.

Bila dah duduk sini, memang syorga la untuk CP.
Kakak ipar CP sorang yang pandai masak.
Hari-hari memang akan makan sedap je lah kat sini.
Mak-mak yang masak kan.. buat cekodok pun dah terasa sedap sangat dah 😋

So, impian nak turun berat bila habis PKPB nanti [sini]
tinggal mimpi je la nampak nye 😅

Hari ni pagi-pagi lagi dah ada meeting.
Meeting pengarah dengan semua staf.
Untuk update situasi semasa yang berlaku kat office.

Bila meeting online ni, yang buka camera biasanye line pengurusan je.

Yang lain-lain.. emmm... kirim salam le nak on camera tu termasuk lah dengan CP.
Tak nak tunjuk muka "suci" pagi-pagi gini..
Kang ada yang tak lena tidur lak lepas tengok muka suci ni 😅

Hampir dua jam juga meeting pagi tadi.
Banyak amanat yang disampaikan.

Esok insyaAllah akan diadakan bacaan Yassin untuk mohon keselamatan
dan kesejahteraan serta kesembuhan untuk staf-staf yang ditimpa masalah dan sakit.

Sama-samalah kita berdoa semua pendamik Covid19 ni cepat berakhir 😔









Tuesday, October 20, 2020

Hari Ketujuh PKPB Hari Petama WFH

Edit Posted by with 14 comments

Pejam celik pejam celik dah masuk 7 hari dah PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya ni.
Di hari ketujuh ni, kami satu universiti diarahkan untuk bekerja dari rumah kecuali
staf di Bahagian Keselamatan, Pusat Kesihatan Universiti dan Hospital
yang dikategorikan sebagai perkhidmatan kritikal.

Kenapa semua kena wfh?

Puncanya sebab ada sorang staf yang disahkan positif virus C19.
So, sebagai langkah pencegahan awal.. semua staf tak dibenarkan masuk office.

Kawan-kawan tolong doakan untuk kami di sini ya...

Semalam hari last bekerja di office.
CP dan team cadang nak balik lambat.
Nak siapkan kerja semaksimum mungkin sebelum start wfh.

Lepas solat Maghrib, kami dinner dulu.
Order KFC thru abang Foodpanda.

Dok tengah sedap makan, tetiba bell pintu office berbunyi.
Masing-masing saling berpandangan... sapa pula la yang datang time Maghrib ni 😅
Apek pergi tengok.. rupanya pak guard datang bagitau minta kami segera balik.
Kena kosongkan pejabat. Apek minta izin stay sampai kami habis makan.

So, dalam pukul 8 lebih kami gerak balik.
Kosong gile jalan malam tadi...

Memandangkan nak kena stay at home sampai 27hb, makanya balik tu
CP singgah kedai Aceh kat kawasan rumah.Topup stock untuk barang dapur.

So, hari ni hari pertama CP bekerja dari rumah.
Semoga wifi kat rumah ni tak buat hal lah.
Susah hidup kalau takde wifi ni.

Pagi tadi CP breakfast simple je.
Semangkuk salad.. healthy sangat kan? 😁

Pada hal tak tau nak makan apa and malas pun iye juga hahahaha
Kalau hari-hari makan macam ni, mesti boleh turun berat kan? 
Kita tunggu 27hb tu nanti, tengok berat makin naik ke atau turun 😁







Friday, October 16, 2020

Food Walk:: Aroi Dee Thai Restaurant, Palm Garden Hotel

Edit Posted by with 8 comments

Hari tu CP dan team pergi makan di Restoran Thai Aroi Dee
yang terletak di Palm Garden Hotel.
Bersebelahan je dengan IOI City Mall.


Disebabkan kami semua first time makan kat sini, jalan selamat
kami pilih set makanan yang tengah promo.

Kami pilih set untuk 2-3 orang punya.
Tapi kami pergi berempat so, kami tambah 1 nasi putih dan 2 jenis lauk.

Ni hidangan yang ada dalam set promo tersebut..

Chicken Coconut Soup

Dry Red Curry Beef

Stir Fried Kangkung

Ini 2 jenis lauk yang kami tambah...

Siakap with Three Flavor Sauce

Thai Style Prawn Omelette - lauk wajib ni

CP jatuh cinta lah dengan Chicken Coconut Soup ni.
Rasanya masam-masam sikit.. ala-ala tom yum gitu.

Sebagai penutup, dihidangkan cendol sebagai pemanis mulut.
CP tak tahu rasanya sedap ke tidak sebab CP tak makan.

Kenapa tak makan??

Sebab dalam tu ada isi buah nangka.
Badan CP alah dengan buah nangka.
Kalau makan, mau berangin satu badan.. kepala pun jadi pening 😅

Kalau korang ada sekitar sini atau tersesat ke area IOI City Mall ni,
boleh lah singgah di Aroi Dee untuk try makanan kat sini.
Ada banyak pilihan menu lain untuk dicuba.