Cik Darling baru nak mula cerita 😁😁
Tarikh:: 11-08-2019
Hari Raya Korban tahun ni seperti biasa lah
sambutan kami sekeluarga cuma sederhana sahaja
tahun ni keluarga Cik Darling tak ada yang buat korban di Malaysia
dua kakak dan abang Cik Darling buat korban di luar
ada yang buat di Kemboja dan ada juga di Mekah
So, pagi raya kami macam biasa
bermula dengan solat sunat Aidiladha di masjid yang dekat dengan rumah
solat sunat kat kampung Cik Darling bermula jam 8.30 pagi
seronoknya bila solat di masjid ni
dapatlah jumpa saudara mara dan kawan-kawan sekampung yang balik beraya
termasuk juga kubur arwah abang ipar dan nenek Cik Darling
Balik rumah, let's makan dulu.. hehehe
perut dah menyanyi macam-macam lagu dah
untung ada anak-anak sedara yang dah besar
juadah raya diaorang yang sediakan 😁
Cik Darling beraya di rumah arwah Gulahati yang kini
dah jadi hak milik mutlak abang Cik Darling yang nombor tiga
pagi raya anak-anak abang masak kan spaghetti bolognese dan carbonara
pilihlah mana yang nak.. atau nak makan dua-dua pun boleh
aneka kek lapis tu ada yang tempah ada yang anak sedara Cik Darling buat
silih berganti antara saudara sebelah kakak ipar dan budak-budak kampung
dah lepas Zohor baru kami dapat keluar beraya
Rumah pertama kami pergi ialah rumah abang yang nombor lima
kakak ipar Cik Darling buat mee kuah dan tempah laksam
belakang rumah arwah Gulahati Cik Darling je.. hehehe
kakak Cik Darling buat mee kari nyonya
dan anak sedara Cik Darling buat cream puff dan fruit tart
Anak sedara Cik Darling ni memang buat jual fruit tart dan juga cheese tart
dia tinggal kat Bandar Tun Hussien Onn Cheras
kalau nak order boleh follow Instagram bebuncit_kitchen [sini]
petang lepas solat Asar kami keluar semula semua sekali
menuju ke Sungai Petani.. beraya di rumah kakak yang nombor dua
dia tak balik raya dengan kami sebab keadaan abang ipar yang uzur
Oh ya! Tahun ni kakak yang sulong tak beraya dengan kami
dia beraya di Bukit Jalil rumah anak dia
sebab menantu dia baru bersalin bulan lepas [sini]
Sebelum masuk rumah sempatlah ber posing OOTD kejap depan rumah kakak
tengah-tengah syok ber posing tiba-tiba tetamu jiran sebelah
keluar beramai-ramai nak balik agaknya.. tu yang gambar jadi macam tu 😅😅
Special menu yang kakak Cik Darling masak ialah Mee Sua
sumpah sedap..!! tak cukup semangkuk hahahaha 😆😆😆
dimakan dengan ayam masak merah dan daging masak hitam serta acar timun
dia memang buat jual.. so, orang-orang Sungai Petani boleh lah
contact dia kalau nak order.. follow je Instagram humaira_cakes_cookies [sini]
Kami bersama dengan abang ipar
abang ipar Cik Darling sebenarnya sakit kanser
sekarang ni dia terbaring je tak mampu nak bergerak
tolong doakan abang ipar Cik Darling cepat sembuh ye
Solat Maghrib di sini kemudian baru balik ke rumah
selesai cerita raya pertama Cik Darling
Tarikh:: 12-09-2019
Sarapan pagi yang disediakan oleh anak-anak sedara
lebihan spaghetti semalam dijadikan spaghetti goreng
untuk sarapan di pagi Hari Raya Kedua
dimakan dengan lamb grilled dan juga tauhu bergedil
tapi Cik Darling pergi satu rumah je 😅😅
rumah jiran sebelah.. kenduri korban plus majlis pertunangan
Balik dari kenduri, kami semua bergotong royong
siapkan goodies bag untuk majlis perkahwinan anak sedara Cik Darling
yang akan dilangsungkan pada hujung bulan Ogos ni
datang hantar otak lembu masak lemak cili padi
kakak ipar Cik Darling masak kan
ya ampun...!!!! favourite sangat ni 😋😋😋
Ada plan nak keluar dengan anak-anak sedara
tapi tak jadi.. kami lepak kat rumah je hari ni
Tarikh:: 13-08-2019
Hari ni dah nak bertolak balik ke KL dah
flight Cik Darling dari Penang pukul 6.30 petang
So, lepas solat Zohor kami bertolak ke Penang
kakak yang nombor tujuh dan anak sedara Cik Darling yang tolong hantar
sebelum ke airport, kami singgah lunch di
Manhattan Fish Market Queensbay Mall
kakak just drop kan Cik Darling je
kemudian diaorang terus balik
Gigih tau sampai awal sekali kan flight delayed..!!! 😣
sepatutnya 6.30 delayed ke 7.20 malam
emm.. tercongok je lah kat airport tu
Eh... tapi sempat jugalah shopping beg hahahaa
beli je baru terus pakai tu.. dalam kedai tu juga tukar 😆
dah lama mencari sling bag warna biru
ni baru jumpa yang berkenan di mata
Alhamdulillah akhirnya pukul 7 lebih flight sampai
pukul 7.28 malam bertolak balik ke KL
sampai di KLIA pukul 8.30 malam
kemudian naik bas ke TBS sebab Cik Darling park kereta kat sana
tamat sudah cuti raya korban untuk tahun 2019 ni
panjang umur inshaAllah hujung bulan ni Cik Darling balik lagi ke kampung
untuk majlis perkahwinan anak sedara Cik Darling
0 xoxo:
Post a Comment