Pukul 6 pagi sesudah subuh kami bertolak ke KLIA
sebab departure time untuk ke Dubai pukul 10.20 pagi
kalau ke South Africa [sini] Cik Darling naik Air Mauritius
kali ni Cik Darling naik Emirates pula
Ni kali kedua Cik Darling naik flight Emirates
first time naik dulu masa ke Europe tahun 2004
Tapi kenapa ke Dubai?
bukan ke nak ke Cairo?
Flight Emirates ni akan transit di Dubai dulu dalam dua jam
kemudian selepas itu baru ke Cairo
perjalanan dari Malaysia ke Dubai mengambil masa enam jam lebih
Oh ya! Lupa nak bagitau
Cik Darling ke Cairo ni dengan family
rombongan kami seramai sembilan orang
Perasaan Cik Darling masa tu kan sebenarnya tak sabar nak travel ni
sebab nya ni pertama kali nak travel dalam bulan Ramadan
nak merasa sendiri macam mana penatnya bercuti dalam bulan Ramadan 😅
Pukul 8 lebih kami mula masuk ke pintu perlepasan antarabangsa
Sebaik melepasi pemeriksaan kastam tiba-tiba
kami terserempak dengan Dato Jamil Khir dan isteri
beliau nak ke Jakarta kalau tak salah Cik Darling
Kalau nak tahu sebenarnya Dato Jamil ni pernah jadi boss kakak Cik Darling
semasa beliau dalam tentera dulu sebelum join politik
dan kebetulan ayah dia kawan dengan arwah ayah Cik Darling
kampung kami pun dekat-dekat je
Memandangkan flight kami di gate C
jadi, kami kena naik train untuk ke sana
Masa tengah menunggu ni kan
ternampak lah ada seorang lelaki berketurunan Arab
lengkap berjubah berserban
nak tau tak... erk.. selamba je dia makan dan minum di khalayak ramai
tahu lah awak tu musafir tapi agak-agaklah nak makan depan orang
lagi pun waktu masih awal pagi kan..
emmm.. kelakar pun ada bila ingatkan balik
dia siap offer lagi pada lelaki Melayu yang duduk kat sebelah dia 😂😂
Okay lah sudah sampai masa untuk berlepas
nanti Cik Darling sambung lagi story nya ya...
To be continue...
Seronok baca catatan pengalaman perjalanan Acu...banyak tempat Acu dah pergi... Alhamdulillah.
ReplyDeleteKakcik:
ReplyDeleteAlhamdulillah mak.. ada rezeki lebih :)