Thursday, August 8, 2019

#Throwback Pretoria - Ibu Negara Afrika Selatan

Edit Posted by with No comments
Tarikh: 14-04-2019


Selama ni kan Cik Darling ingat Johannesburg tu
adalah ibu negara kepada Afrika Selatan
salah rupa nya 😅

Ibu negara nya ialah Pretoria
yang terletak lebih kurang 53km dari Johannesburg

Jadi hari ini sekali lagi kami menggunakan khidmat
agensi Kwinda Tours untuk membawa kami ke Pretoria
bayaran yang dikenakan setiap seorang ialah R1000

Jam 8 pagi van dah siap sedia menunggu
hanya sepuluh orang je yang pergi
yang lain nak berehat kat hotel dan berjalan kat kawasan sekitar sahaja

Tempat pertama kami lawati ialah Monumen Voortrekker
ada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke sini
monumen ini merupakan salah satu tempat yang mesti dilawati jika ke Pretoria




Ia terletak di atas puncak bukit
dibina untuk mengingati Voortrekker yang meninggalkan
Cape Colony di antara tahun 1835 dan 1854

Di dalam monumen ni terdapat ukiran marmar pada dinding
yang mempunyai cerita sejarah di setiap ukiran tersebut
ia merupakan ukiran marmar sejarah terpanjang di dunia




Di ruang tengah nya pula terdapat cenotaph yang bermaksud "empty grave"
ia merupakan tumpuan utama dalam monumen ini



Selain boleh dilihat di hall bawah, ia juga boleh dilihat dari kubah
yang terletak di atas bangunan


Di tingkat bawah monumen ini dipamerkan alat senjata,
kenderaan dan cara hidup mereka dahulu






Di tingkat atas, kita dapat melihat permandangan yang indah



Bergambar dengan tour guide kami
tour guide yang sama yang bawa kami ke Pilanesberg National Park [sini]


Di luar, monumen ini dikelilingi pagar yang berukir kereta kuda
tapi maaf lah.. Cik Darling dah lupa kenapa pagar tu diukir begitu
ada cerita sejarah di sebalik ukiran tersebut



Destinasi seterusnya ialah Kruger House Museum
rumah Presiden pertama Afrika Selatan iaitu Paul Kruger
beliau menetap di sini dari tahun 1884 hingga 1900






Bahagian dalam rumah tersebut






Di bahagian belakang rumah ada gerabak keretapi
koc personal beliau



Satu bahagian lagi dibina rumah untuk diletakkan semua hadiah
yang pernah beliau dapat daripada pembesar negara-negara lain


Destinasi seterusnya kami dibawa pusing-pusing bandar Pretoria





Kemudian kami dibawa melihat patung
Presiden Nelson Mandela yang terbesar di dunia


Patung yang setinggi 9 meter dan berat 4.5 tan
terletak di padang rumput berhadapan dengan Union Building
patung yang dibina dengan tangan terbuka itu
melambangkan kesatuan dan perdamaian

Terasa kerdil je diri Cik Darling kat bawah tu 😆



Okay selesai lawatan di Pretoria
sebelum dihantar balik ke apartment
kami minta driver hantarkan kami ke Rosebank
hari Ahad ada Sunday Market kat tapak parking tingkat empat
boleh lah cari souvenir untuk dibawa balik ke Malaysia





Antara barang kraf Afrika yang dijual di Sunday Market







Kat sini juga ada satu gerai orang Malaysia
dia dah lama menetap di sini
dia jual masakan Malaysia.. nama gerai dia Chili Padi




Tak cukup kat Sunday Market kami ke African Market
yang terletak diluar Rosebank Mall




Kakak yang baik hati bagi Cik Darling key chain flamingo ni



Antara barang yang Cik Darling beli sebagai buah tangan untuk family dan kawan-kawan



Pukul 4.30 petang kami bergerak balik ke apartment
sebaik sampai di apartment, Cik Darling dan Kak Ina tak terus rehat
nak tau tak.. kami keluar pergi ke Mandela Square pula 😆
ada barang yang dicari belum jumpa lagi

Alhamdulillah rezeki last minute shopping
dapat juga barang yang Cik Darling cari

Taraaaa....


Ye.. sepasang kasut untuk En. EE
dari Cape Town hingga ke Johannesburg
susah betul nak cari saiz dia 😩

Cik Darling sempat juga beli handbag kat butik Aldo
comel tak?? 😁


Kemudian singgah Hard Rock Cafe
anak sedara Cik Darling kirim fridge magnet
dan Kak Ina pun nak beli kan tshirt untuk family dia




Sebelum balik sempat bergambar kat dataran luar


Tetiba rasa macam sedih pula dah nak tinggalkan bumi Afrika ni
macam tak puas lagi nak jalan-jalan kat sini
emm.. malam tu tidur lambat sebab packing beg
sebab esok pagi dah nak checkout dah


To be continue...





Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment