Wednesday, August 14, 2019

#Throwback Johannesburg Ke Mauritius Ke Singapore Ke Malaysia

Edit Posted by with No comments
Tarikh: 15-04-2019


Sarapan terakhir di bumi Afrika
uwaaaa... sedih nya dah nak kena balik ke Malaysia dah 😭😭😭


Jam 9 pagi agen datang ambil kami semua
untuk di hantar ke O. R Tambo International Airport


Tiba di airport, urusan check in dilakukan sendiri-sendiri
tak boleh check in by group


Lepas selesai check in beg kami terus masuk ke dalam
jalan-jalan kat dalam tengok apa yang menarik
kot boleh dibeli untuk habiskan saki baki duit

Banyak juga kedai dalam ni.. kedai coklat saja ada dua tiga kedai
kedai souvenir pun banyak


Cik Darling beli gelang comel homemade ni
sumbangan untuk tabung rawatan malaria untuk kanak-kanak



Sekali lagi Cik Darling singgah butik Ferrari
dan terbeli bag pack comel ni
entah kenapa la asyik masuk butik Ferrari je kat sini 😅
mungkin sebab harganya jauh beza dengan Malaysia kot



Sementara tunggu kakak-kakak Cik Darling bershopping
sempat juga Cik Darling berkenalan dengan
seorang business man dari Tunisia
dia dalam perjalanan nak ke China atas urusan bisnes


Duit dah habis, kami melepak je lah tunggu nak masuk flight


Flight kami berlepas ke Mauritius jam 1.35 petang


Kami selamat tiba di Mauritius jam 7.35 malam waktu Mauritius
nampak muka semua dah kepenatan dah



Flight dari Mauritius ke Malaysia berlepas jam 8.40 malam
selepas 9 jam lebih penerbangan 
kemudian kami transit di Singapore lebih kurang satu jam
Alhamdulillah lebih kurang jam 10 pagi 16-04-2019
kami tiba di KLIA Malaysia dengan selamat



Tamatlah sudah cerita tour Cik Darling di bumi South Africa
kalau di tanya nak pergi lagi ke tak ke sana?

Kalau panjang umur dan ada rezeki lebih
Cik Darling nak kembali ke sana semula
sebab banyak lagi tempat lain yang belum sempat diteroka

Alhamdulillah boleh dah keluarkan South Africa daripada bucket list 😙


--Tamat--




Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment