Wah! Teruja sangat pagi ni.
Tak sabar nak keluar jalan-jalan 😁
Bangun pagi Kak Ina dah siap masak dah bekal
untuk kami bawa berkelah di sana nanti.
Pagi ni Kak Ina masak kurma ayam Brahim's dan sambal telur.
Menggunakan khidmat agen Kwinda Tours,
pagi ni kami akan ke Pilanesberg National Park.
Bayaran yang dikenakan seorang R2100 lebih kurang RM700.
Pukul 6 pagi van dah datang ambil kami.
Perjalanan ke Pilanesberg mengambil masa lebih kurang 2 hingga 3 jam.
Selepas keluar dari town Joburg permandangan kiri kanan jalan
dipenuhi dengan bukit dan hutan rumput.
Tapi ada juga pekan-pekan kecil yang kita akan jumpa.
Jalan masuk ke pintu gerbang Pilanesberg National Park
Bergambar di hadapan pintu gerbang taman safari tersebut
sementara tunggu yang lain ke tandas.
Untuk meneroka dalam safari ni, kita boleh pilih samada
nak naik open truck macam kita tengok dalam tv tu.
Kalau truck ni, ada charge tambahan yang dikenakan.
Atau pun naik van yang sama ni tanpa ada charge tambahan.
Sebab tak nak tambah duit jadi, kami decided naik van ni je 😊
Binatang pertama yang kami jumpa.. burung apa ntah
Kemudian sebaik melepasi pintu gerbang
kami nampak 2 ekor binatang yang sama sejenis dengan rusa.
Lepas tu kan... dah tak jumpa apa-apa binatang dah tau.
Rasa nak nangis pun ada.. rasa kecewa sangat tau.
Yang kami nampak cuma padang rumput dan bukit bukau je 😔
Minta maaf lah Cik Darling dah tak ingat dah nama-nama binatang ni 😅
Oh ya! Kata orang kalau datang ke safari di Afrika,
ada big five yang mesti orang nak tengok.
Iaitu singa, badak sumbu, African leopard, African elephant dan African buffalo.
Haa.. agak-agak nya kami dapat jumpa kesemuanye ke tak?
Okay jumpa badak sumbu yang pertama walau pun dari jauh.
Masa ni semangat dah membara dah ni.
Sebab seronok dapat jumpa salah satu dari big five.
Jalan lagi ke depan, kami jumpa sekumpulan zebra tengah sibuk makan.
Ya Allah happy sangat tau.. first time tengok depan mata.
Selalu tengok yang dalam zoo je.
Big five kedua yang kami jumpa sekumpulan African buffalo.
Tapi sama seperti zirafah tadi, nun jauh kat atas bukit sana.
Yang ni tak boleh nak ambil video sebab jauh sangat.
dalam gambar ni pun halus je nampak.. yang warna hitam tompok-tompok tu.
Kalau tadi jumpa badak sumbu jauh kan
kali ni haa... depan mata kau.
Elok je dia tengah sun-bathing 😆
Kemudian kan yang buat kami semua happy sangat kan
rezeki kami berlima kami dapat jumpa African leopard..!!!!
Ya Allah..!! yang ni happy sangat tau.
Tak terungkap dengan kata-kata.
Kata tour guide kami, selama bertahun-tahun dia bawa pelancong
ni kali ketiga dia dapat jumpa dengan African leopard ni.
Dia sendiri pun teruja apatah lagi kami berempat.
Kiranya kami ni antara yang bertuah lah hari ni 😙
Sebenarnya kat seberang jalan tu ada impala dua ekor.
Dia tengah berfikir nak terkam atau tidak.
Sebab tubuh impala tu lebih besar berbanding leopard.
Masa ni kan, Cik Darling keluarkan tangan.
Konon nak ambil video leopard tu dengan lebih jelas.
Sekali tiba-tiba dia boleh pula pusing kepala dia.
Terkejut terus tarik tangan masuk dalam kereta semula 😅😅😅
Penat memburu, kami berhenti rehat seketika.
Nak isi perut dulu.. lepas tengok leopard terus rasa lapar 😆😆
Ehem.. ehem.. ehem.. ni bekas baru beli.
Beli kat butik Ferrari di Madela Square [sini]
Nasi dan lauk-lauk ni dimasak oleh Kak Ina.
Let's makan...!!
iaitu African elephant dan lion.
Ini antara binatang lain yang kami jumpa sepanjang pemburuan.
Kata tour guide kami, ni gajah yang dah tua.
Sebab tu dia seekor je.. tidak berjalan dalam kumpulan.
Kata dia, kalau dah tua.. gajah-gajah yang muda tak nak berkawan dah.
Perasan tak ekor dia kontot?
Iu sebab ekor dia kena makan dengan singa.
Kesian dia..
Kemudian kami berhenti di sebuah tasik.
Hajatnya untuk memburu badak air.
Tapi tak ada rezeki kami.. badak air tak keluar hari tu.
Kali ni lebih clear.. sama juga gajah dah tua.
Tiba-tiba kan kami ternampak sekumpulan ranjer hutan.
Ada helikopter dan truck.. tour guide kami pun berhenti.
Tanya apa yang berlaku sebab nampak ada
seekor badak terbaring dengan mata bertutup.
Kata ranjer tersebut, baby badak tu baru kematian ibu.
Diaorang berhasrat nak bawa dia keluar dari hutan tu.
Sebab takut dia tak boleh nak survive.
Mata ditutup tu selepas diaorang suntik bagi dia pengsan.
Supaya senang diaorang nak bawa dia keluar
Kami minta izin dengan ranjer tu nak bergambar dengan baby badak tersebut.
Mula-mula tu rasa takut juga.. nak pegang pun macam seram je.
Kemudian dah mula berani
Dapat turun dari kereta dan bergambar dengan badak liar.
Kalau ikut kan law, pelancong tak dibenarkan turun dari kenderaan.
Sebab takut kena terkam dengan binatang buas.
Ye lah kita bukan tahu haiwan-haiwan ni datang dari arah mana kan.
Jam dah menunjukkan pukul 3 petang.
Kami ajak tour guide kami balik.
Putus asa dah nak cari lagi seekor big five tu iaitu singa.
Lagi pun kesian dekat dia nak drive balik nanti.
Perjalanan kan 3 jam.. dia drive non stop.
Kesian dia.. penat.
So, tamat lah pemburuan kami di Pilanesberg National Park.
Hasil buruan kami dapat lihat four out of big five.
Lion je yang tak jumpa.
Tapi apa pun kami sangat-sangat berpuas hati.
Yang paling best dapat turun bergambar dengan anak badak liar.
Peluang yang mungkin datang sekali dalam seumur hidup 😊
To be continue...
0 xoxo:
Post a Comment