Usai solat di Masjid Amr Ibn Al As [sini]
kami dibawa ke Perkampungan Imam Syafie
di perkampungan ini terletaknya makam Imam Syafie
seorang ulam tersohor pengasas kepada Mazhab Syafie
yang menjadi ikutan jutaan umat Islam
termasuklah umat Islam di Malaysia
Imam Syafie atau nama asalnya Muhammad Ibn Idris Al Shafi'i
dilahirkan di Ghiza Palestin dan meninggal dunia di Kaherah
maka, sesiapa sahaja yang datang ke bumi Kaherah ini
pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menziarahi
makam sang pencinta ilmu ini
Eh..! Ini bukan rumah orang tau
Kalau korang nak tahu.. ini adalah KUBUR
kawasan ini dipanggil City Of The Dead
Orang Mesir dulu membina bangunan seperti ini untuk dijadikan kuburan mereka
di dalam satu kawasan berpagar tu menempatkan kubur untuk satu keluarga
selain kubur di dalamnya juga ada dibina ruang untuk ahli keluarga duduk berehat
ketika mereka datang melawat pusara keluarga mereka yang telah meninggal
Di fahamkan ini adalah bangunan perkuburan untuk ahli keluarga Imam Syafie
Suasana sekitar Perkampungan Imam Syafie
walaupun masjid ini menempatkan makam orang penting dalam sejarah Islam
tapi sayangnya kawasan ini tidak terjaga 😢
kawasannya kotor dan berbau
di luar masjid ramai peminta sedekah yang akan ikut kita untuk minta duit
menakutkan..!!
masjid yang menjadi tempat beliau mengajar pengajian agama semasa hayat beliau
Sayang seribu kali sayang
hajat kami nak masuk menziarahi makan beliau tidak kesampaian
masjid ini ditutup kerana proses pembaikan
hanya mampu lihat dari luar pagar je... tak ada rezeki masuk ke dalam 😢😢😢
Perasan tak kat atas kubah tu ada replika kapal?
satu-satunya kubah masjid yang ada replika kapal
biasanya kan replika bulan dan bintang
Replika kapal tu sebenarnya membawa maksud kembara ilmu Imam Syafie
beliau merantau ke seluruh pelusuk dunia untuk menuntut ilmu
ilmunya seluas lautan itu tiada tandingan
Tidak lama kami di sini, sebab tak dapat masuk ke dalam
meninggalkan Masjid Imam Al Syafie dengan 1001 macam perasaan
semoga ada rezeki untuk Cik Darling kembali ke sini lagi
nak lihat sendiri makam beliau di dalam masjid tersebut
Sebelum pulang ke homestay, kami minta ustaz singgah sebentar di pasar
nak beli buah-buahan untuk dimakan waktu malam
yang sebenarnyakan sebab geram tengok buah tembikai kat sini
buah dia besar-besar..!!!! pastu rasanya MasyaAllah manis sangat
Kami turun berempat je.. yang lain-lain tunggu dalam van
keadaan pasar yang terletak tak jauh dari homestay kami tinggal
Haa..!! besar kan??
Puas hati dapat makan buah tembikai besar ni 😆😆
Selesai beli buah, kami terus balik ke homestay
memandangkan dah dekat waktu berbuka
kami naik kejap tinggalkan barang kemudian jalan kaki ke GH Corner
Alhamdulillah hari ni lift dah dibaiki.. dah boleh guna macam biasa
Lagi sekali malam ni kami berbuka di GH Corner
sebab apa?? sebab nak minum air banyak-banyak
buffetkan boleh refill air berkali-kali 😆😆😆😆
Memang betul.. Cik Darling minum lebih 7 gelas rasanya malam tu
makan sikit je... kenyang dengan air
kiranya ni malam last la makan kat sini
esok plan nya nak berbuka kat tempat lain
Emmm.... kita tengok nanti kami berbuka kat mana
To be continue...
0 xoxo:
Post a Comment