Hari ni kami keluar rumah seawal jam 7.50 pagi
berjalan kaki menuju ke Hotel Hilton Sandton
Mahu ke mana?
Kat situ salah satu pick up point shuttle van
untuk menaiki bas Hop On Hop Off
hari ni kami nak pusing Johannesburg dengan
menaiki bas Hop On Hop Off
Dari Hotel Hilton Sandton kami di bawa ke Rosebank
tempat menunggu bas Hop On Hop Off
Bayaran yang dikenakan untuk sehari perjalanan ialah R220
Ni map untuk Hop On Hop Off Tour
(pinjam gambar dari En. Google)
Kalau berpandukan pada map, banyak pit stop
tapi kan.. kami cuma turun di dua tempat je 😅
Kenapa?
nanti Cik Darling bagitau sebab nya ye..
Okay.. we are ready to pusing-pusing bandar Johannesburg
First pit stop kami ialah Carlton Center
kat sini ialah tempat untuk melihat permandangan
keseluruhan bandar Johannesburg dari tingkat 50
Ni view bandar Johannesburg yang sempat Cik Darling snap
Seperti biasa, kalau ke tempat-tempat tinggi
pasti ada teropong yang disediakan untuk pelancong
melihat permandangan dengan lebih jelas lagi
sama juga lah di Carlton Center ni
tetapi ada bayaran yang dikenakan... Cik Darling dah lupa berapa harga
Tak lama pun kami kat atas tu
sebab nak kejar next bas untuk ke pit stop seterusnya
lagi satu sebab.. takut sebenar nya nak lama-lama kat atas ni 😅
Kawasan atas tu sangat besar dan sunyi
dah la kami berdua perempuan.. Kak Ina tu kecil je
kalau jadi apa-apa.. iskh.. Nau'zubillah
Lepas tu pula kat bawah Carlton Center ni sebenarnya
ada banyak kedai.. antara tempat untuk local people shopping rasanya
so, korang boleh bayangkan tak dua orang perempuan Melayu
berjalan di tengah-tengah kelompok orang berkulit hitam?
Perasaan takut tu Allah je yang tahu
dalam hati tak henti-henti baca surah Kursi
bila bas sampai je, cepat-cepat kami naik
Next pit stop ni adalah tempat kasino
selain kasino, kat sini ada theme park juga
so, kalau bawa anak-anak bolehlah turun kat sini
gambar, artifak dan klip video
merakam gambar atau mengambil video hanya boleh dilakukan
di luar muzium sahaja.. di dalam muzium tidak dibenarkan
selepas pada tu, kami cuma menghabiskan masa di dalam bas sahaja
sebab kami takut dengan local people kat situ 😬
Cik Darling share gambar-gambar dan video yang diambil dari atas bas
dan tak nampak ganas tetapi di Johannesburg
dipenuhi dengan orang berkulit hitam dan erk... menakutkan
sebab tu kami tak berani nak turun dah lepas tu
Dah habis pusing, kami turun semula di Rosebank
Alhamdulillah.. sampai je sini hati dah rasa lega dah
terus perut terasa lapar
Ke Nando's lagi la hari ni 😁
kali ni Cik Darling order Cheese Carnival Burger
dan Peri-tato salad... Cik Darling dah jatuh cinta dengan kentang ni
kenapa lah kat Malaysia tak ada pilihan ni.. iskh..
Selesai makan, kami jalan di sekitar mall yang ada di Rosebank ni
banyak butik kat sini.. African Market pun ada kat sini
di African Market ada dijual pelbagai jenis local souvenir
Sebelum balik, singgah Woolworths
Cik Darling borong keropok Lays
kat sini harga keropok Lays jauh lebih murah dari Malaysia
Kemudian ambil shuttle van balik ke Hotel Hilton Sandton
dan dari sana jalan kaki balik ke apartment kami
sampai je di apartment, group yang dari Kruger National Park
dah pun selamat sampai.. jadi malam tu Cik Darling dinner
plus berborak di rumah Dr Tim.. masing-masing galak
bercerita pengalaman di safari sambil gelak ketawa tengok koleksi gambar
To be continue...
0 xoxo:
Post a Comment