Tuesday, November 10, 2020

Kenduri Tahlil Di Kampung

Edit Posted by with 10 comments
"Khamis minggu depan kak, Long dan Ngah nak buat kenduri tahlil.
Long dan Ngah nak masak sendiri. Nak join tak?"


Mesej yang CP terima daripada Cik hari Jumaat (30-10-2020).
CP terus setuju. Pagi Sabtu CP transfer duit ke account Cik.

So, hari Khamis (06-11-2020) diaorang bergotong-royong memasak di kampung.
Seronok tengok video anak sedara CP share kat story Instagram.
Rasa sedih sebab tak dapat join menyibuk sekali 😞

Menu yang diaorang masak hari tu nasi jagung, ayam goreng berempah dan kuah gulai.

Nasi Jagung

Ayam Goreng Berempah

Gulai Ayam

Terliur nye la ceq tengok 😋

Makanan tu semua terus pack macam ni... senang.


Kemudian disertakan air kotak dan juga kek coklat sebagai manisan.
Kek coklat tu ditempah daripada Humaira Cakes and Cookies [sini].



Malam tu semua pack makanan ni dibawa ke masjid oleh anak sedara CP.
Diedarkan kat sana selepas selesai solat Isyak.
Alhamdulillah walaupun tak dapat bersama tapi happy dapat juga sama-sama kongsi rezeki 😊




10 comments: