Wednesday, October 6, 2021

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 3

Edit Posted by with 6 comments

13-05-2021

Hari Raya Aidil Fitri

Untuk pertama kalinye CP raya sorang-sorang.
Sedih weiiii....!!!! 😭😭😭

Pagi raya video call dengan semua family.


Tapi CP tak boleh nak cakap sangat sebab batuk.
Badan tak sihat... jadi tak larat nak duduk lama-lama.
Rasa nak baring je tapi gagahkan juga diri
sebab tak nak family semua risau.

Family tanya keadaan CP.. CP tetap jawab CP okay.
Family memang suruh pergi buat swab test.
Jawapan nya tetap sama

"Okay nanti acu pergi.."

Tapi hakikatnya tetap tak pergi juga πŸ˜”

Tahun ni tak ada hashtag OOTD Darling Pya.
Lepas ber video call, CP terus baring kat sofa.

Tapi sebelum tu sempat lah selfie sekeping gambar kat balkoni.
Whatsapp gambar tu untuk wish raya kat kawan-kawan.

Tiba-tiba masuk mesej...

"I ada gantung food sikit kat luar. Nanti u ambil tau."

Jiran depan rumah mesej. Dia gantung juadah raya kat grill.

Nampak makanan menyelerakan tapi CP tak lalu nak makan.
Sebab dah tau dah kalau makan pun tak ada rasa apa-apa.

Kembali terbaring kat sofa.
Kira nya Aidil Fitri pertama tahun 2021 ni dihabiskan dengan baring je 😒



To be continue...





6 comments:

  1. mmg sedih la bila raya sorg2 kan...nasibaik ada rezeki dr jiran tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mama..sedih tak tau nak cakap.
      Seronok tengok family lain happy2 beramai2

      Delete
  2. sedih pula saya baca post CP ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas kehilangan mak & ayah ni raya paling sedih dalam hidup CP

      Delete
  3. X sedar airmata ni meleleh...dapat bayangkan kesedihan tu macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acu pun sambil menulis tak sedar air mata meleleh

      Delete