Friday, March 25, 2011

Pulang Ke Malaysia

Edit Posted by with 8 comments

Setelah 11 hari berada di Tanah Suci
dah sampai masa nya untuk acu pulang ke Malaysia
pulang dengan membawa sejuta kenangan di sini
pulang dengan membawa sinar baru dalam hidup acu
pulang dengan harapan untuk memula kan hidup baru
pulang dengan harapan apa yang dipohon akan dimakbulkan

PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Alhamdulillah...sepanjang acu berada di Tanah Suci
tidak sekali pun acu mengalami masalah kesihatan
dan memang itu yang acu pohon kepada Allah

Acu mohon diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana
sebab acu nak jaga mak...
kalau acu sakit, macam mana acu nak bantu mak..
dan Alhamdulillah Allah makbul kan..

Kakak, abang & mak acu ada mengalami demam
dan batuk ketika berada di sana..

Tapi sehari sebelum balik, acu di serang batuk-batuk "kecil"
hari Khamis 17 Mac, badan dah mula rasa tak sedap...
gara-gara hujan di Tanah Suci...

Photobucket

Naik saja flight malam tu, acu terus "pengsan"
sepanjang penerbangan acu tidur saja...
bangun cuma waktu makan...tu pun tak boleh nak telan sangat
suara memang langsung "hilang"...huhuhu

Sampai Malaysia pukul 8.15malam 18 Mac 2011
kakak acu & family dah sedia menunggu...
syukur badan kembali okay sekejap
dan isnin 21 Mac sepatut nya acu mulakan kerja
tapi terpaksa acu MC...sebab tak larat...


Photobucket

Tamat sudah cerita perjalanan acu ke Tanah Suci
maaf lah kalau ada yang bosan dengan entri ni :)



Photobucket
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Kota Mekah

Edit Posted by with 8 comments

Tak puas nya 8 hari di Kota Mekah
selama 8 hari acu & keluarga sempat mengerjakan 5 kali umrah
ingat kan nak cukup kan 7 kali tapi kesian kan mak
dapat sempurnakan 5 kali pun dah bersyukur dah...

Photobucket

Sepanjang di Kota Mekah, kami di bawa melawat ke Jabal Thur
Jabal Rahmah, Jabal Nur & Ladang Unta di Hudaibiyah
dapat la merasa minum susu unta fresh dari ladang...
memang terbaik lah....
dan tak lupa juga kami menziarah tapak Masjid Hudaibiyah lama
sekarang ni dah dibina masjid baru dah..

Kat Masjid Hudaibiyah ni juga boleh berniat ihram...

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Pihak travel agen yang acu ikut ni juga turut mengadakan Majlis Tahlil
bertempat di Dewan Terbuka Jabal Thur...

PhotobucketPhotobucket

Acu bersyukur sangat-sangat...
kedatangan acu kali nie sangat-sangat la bermakna
segala yang acu hajati, Alhamdulillah tercapai semua nya...
kalau di Madinah acu berpeluang berdoa di Raudah
di Mekah pula acu berpeluang berdoa di Multazam, Hijir Ismail
dan yang paling menggembirakan acu ialah
acu dapat mengucup Hajarul Aswad...subhanAllah...

Tak dapat diungkap dengan kata-kata syukur nya
bukan acu seorang sahaja yang berpeluang mengucupnya
tapi kakak & abang acu pun dapat peluang juga...

17 Mac kami buat Tawaf Wida atau tawaf selamat tinggal
mengucapkan Selamat Tinggal kepada Baitullah
doa acu semoga ni bukan yang terakhir
semoga masih ada lagi rezeki untuk acu kembali ke sini

Photobucket

Selepas Asar kami mula bertolak ke Jeddah...
Selamat Tinggal Baitullah...panjang umur insyaAllah
acu akan kembali lagi....mungkin datang berdua :)


to be continue....




Photobucket
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Thursday, March 24, 2011

Perjalanan Ke Kota Mekah

Edit Posted by with 6 comments

9 Mac 2011 kami memulakan perjalanan ke Kota Mekah
pagi sebelum bertolak, kami ke Masjid Nabawi untuk mengucapkan
Selamat Tinggal kepada Rasulullah S.A.W...sayu hati
entah masih ada rezeki atau tak lagi untuk acu jejak kan kaki
ke sini semula...ke rumah Nabi yang kita cinta...*sebak*

Photobucket

Dalam perjalanan ke Kota Mekah, kami singgah berniat ihram
di Miqat Bir Ali..ihram pertama kami ketika tiba di Tanah Suci ni...
dan juga "berkelah" makan tengahari di sini...

PhotobucketPhotobucket

Perjalanan ke Kota Mekah mengambil masa lebih kurang 5jam
jadi nya sepanjang perjalanan masa di habis kan dengan
berzikir & zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....tapi lebih banyak yang zzzzzzz

Sampai saja Kota Mekah, kami terus ke Hotel..
kami menginap di Hotel Dyaar In...antara hotel yang dekat
dengan Masjidil Haram...emm..lebih kurang 10minit jalan kaki

Lepas rehat, terus ke Masjidil Haram untuk selesaikan tawaf, saei
dan seterus nya bertahalul...habis kan ihram kami tadi...
memandangkan acu punya pengalaman yang sebelum ni
dan Alhamdulillah ingatan acu masih lagi kuat
jadi, acu buat tawaf & saei sendiri saja...tak ikut tour guide kami

Masa tawaf, acu pimpin mak...kakak & abang acu kena ikut tour guide
sebab mereka belum ada pengalaman lagi dalam semua ni
masa saei, acu pimpin mak juga tapi bertambah seorang lagi makcik
yang lebih kurang sebaya dengan mak acu...

7 kali ulang alik antara Bukit Safa & Marwa..acu pimpin kedua-duanya
sambil baca doa kuat-kuat supaya mereka dengar...
jujur nya acu kepenatan lah juga tapi Alhamdulillah acu dapat bantu
mak & makcik tersebut selesaikan dengan sempurna...
l
epas selesai semua nya terus balik hotel & tidur...


Alhamdulillah selesai sudah umrah pertama kami...


to be continue....


Photobucket
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Wednesday, March 23, 2011

Kota Madinah

Edit Posted by with 14 comments

Kali kedua menjejak kan kaki ke Tanah Suci, sekali lagi
memberikan pengalaman berbeza buat acu...
jika kunjungan kali pertama dulu acu masih lagi kanak-kanak
tidak mengerti lagi erti keseronokkan ke Tanah Suci,
tidak pula untuk kali yang kedua ni...

Kata orang-orang kampung acu & juga saudara mara acu
acu anak yang bertuah sebab dalam usia yang masih muda
(erk...muda lagi ke sekarang nie???)
acu diberi kesempatan 2 kali oleh NYA untuk ke Rumah NYA

Masa mula-mula nak pergi, rasa takut terbit dalam diri acu
apabila mengenangkan keadaan diri acu yang banyak tidak betul
ditambah pula dengan membaca pengalaman-pengalaman
yang dilalui oleh orang Islam lain ketika di sana
perasaan takut tu jadi bertambah-tambah...

Tapi ALLAH Maha Adil..apa yang penting niat kita untuk ke sana
jika niat kita betul, insyaAllah apa yang kita lakukan akan
mendapat keredhaan daripada NYA...

acu berada di Kota Madinah selama 3 hari...
ikut kan hati tak puas sebenar nya dengan 3 hari tu
dalam masa 3 hari tu acu berpeluang berdoa dalam kawasan Raudhah
antara salah satu tempat yang paling mustajab untuk kita berdoa
doa kita dimakbulkan terus oleh NYA tanpa ada "tapisan" lagi...

PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Setiap waktu solat, tidak sekali pun terlepas untuk acu bersolat
di Masjid Nabawi...maklum lah cuma 5 minit saja dari hotel

acu dan rombongan di bawa menziarah Masjid Quba
masjid yang pertama kali Rasulullah S.A.W solat ketika baginda
sampai ke Madinah...tapi sayang nya acu tak sempat nak bersolat sunat
kat sini sebab manusia terlalu ramai..orang lelaki sempat la

Photobucket

Kami juga di bawa menziarah Jabal Uhud,Bukit Magnet & Ladang Kurma
Bukit Magnet nie baru saja terkenal...masa zaman acu pergi dulu
belum ada lagi...kata tourist guide kami
baru dalam 2 tahun macam tu Bukit Magnet nie dikenali orang

Photobucket

Sebab apa di panggil Bukit Magnet??
sebab dalam salah satu bukit yang ada di kawasan tersebut
ada mengandungi magnet...tapi tiada kajian yang di buat oleh
Kerajaan Arab Saudi jadi, tak dapat dipasti kan kedudukan sebenar
magnet tu berada... kelajuan bas boleh mencecah sehingga 120km/j
bila di tarik oleh magnet nie..

Di ladang kurma, selain daripada dapat menikmati buah kurma percuma
kita boleh juga membeli belah kat situ..ada kurma, kacang, coklat
dan macam-macam lagi...harga nya ada yang murah dari pasaran luar

Photobucket

Sepatutnya kami dibawa ke Kilang Percetakan Al-Quran
tapi memandangkan sudah hampir masuk waktu Zohor
jadi, kami batalkan saja niat nak ke sana sebab nak kejarkan solat
jemaah di Masjid Nabawi..

Lagi pun kalau ke Kilang Percetakan Al-Quran, perempuan tak boleh
masuk tujuan nya nak menjaga kesucian kilang tersebut
maksud nya takut ada perempuan yang dalam keadaan tidak suci
atau datang haid tapi mengaku diri suci sebab nak masuk ke dalam kilang
maka nya kilang tersebut sudah tercemar
jadi, untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku perempuan
di larang masuk ke dalam nya....cuma lelaki saja yang dibenarkan...

Setiap kali habis solat, acu & family kecuali abang
mesti jalan-jalan cuci mata dan secara tak langsung menghabiskan duit
hehehehee....ramai sangat penjual di sekitar masjid nie

Photobucket

Pilih saja mana yang berkenan...daripada jubah, jam, kasut
aksesori dan macam-macam lagi lah...rambang mata melihat nya...
yang penting ongkos nya saja...

9hb Mac kami mula bertolak ke Kota Mekah...


to be continue....




Photobucket
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Tuesday, March 22, 2011

6 Mac Tarikh Keramat

Edit Posted by with 9 comments

Bertolak dari rumah kakak acu dalam pukul 8.00 pagi
semua rombongan berkumpul di KLIA
flight kami bertolak ke Jakarta pukul 12.45 tengahari
perjalanan ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 1jam 45minit


Photobucket

Photobucket


Setelah mengharungi perjalanan selama 9 jam 20 minit
dan walaupun mengalami "sedikit" goncangan dalam flight
syukur kami dapat mendarat dengan selamat nya di airport Jeddah

Photobucket


Dari Jeddah kami menaiki bas menuju ke Madinah
perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam
lebih kurang pukul 4.30 pagi kami selamat sampai ke Madinah
kami menginap di Hotel Wasel Areem lebih kurang 5 minit
jalan kaki ke Masjid Nabawi...dekat sangat...

Sampai hotel..rehat kan badan..tak sabar nak ke Masjid Nabawi

to be continue....




Photobucket
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Monday, March 21, 2011

Penangan Hujan Di "Sana"

Edit Posted by with 4 comments

Nie penangan hujan di Tanah Suci
sehari sebelum acu bertolak balik ke Malaysia
harap-harap esok acu dah boleh kerja...




Photobucket
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Saturday, March 19, 2011

Syukur..

Edit Posted by with 9 comments

Alhamdulillah...tepat jam 8.18 malam pada tarikh 18-03-2011
acu & keluarga selamat menjejak kan kaki di bumi Malaysia
setelah berlepas ke Tanah Suci 2 minggu lepas :)

Alhamdulillah semua sihat cuma acu saja yang demam sikit
selain daripada batuk-batuk...
insyaAllah ada rezeki nanti acu cerita & upload kenangan di sana

Photobucket



Photobucket
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Wednesday, March 16, 2011

“Mereka Tidak Mengijinkan Bapak Kentut Di Sini”

Edit Posted by with 1 comment

**auto publish post - acu berada jauh dari Bumi Malaysia

Sumber dari kotak email acu...



Akhirnya pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa menit.

Akhirnya si jururawat membawa pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan Bapak di sini?” tanya anaknya.

“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, perawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa Pak?”

“Mereka tidak mengijinkan bapa kentut di sini”


p/s::gambar ehsan en.GooGle




Photobucket
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Tuesday, March 15, 2011

Askar Yang Berani

Edit Posted by with 1 comment

**auto publish post - acu berada jauh dari Bumi Malaysia

Sumber dari kotak email acu...


Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tentaranya dan untuk membuktikannya masing-masing jeneral memerintahkan salah seorang Askarnya untuk mengikuti arahannya.

Jeneral Jepun : Askar maju sini
Askar Jepun : Siap Jeneral
Jeneral Jepun : Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu
Askar Jepun : Siap Jeneral

Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si Askar tidak dapat menangkapnya dan langsung mati. Si jeneral dengan bangga mengatakan,

Jeneral Jepun : Lihat Askar saya sangat berani dan bersiap sedia untuk mati.

Jeneral Jerman berang dan berkata,

Jeneral Jerman : Askar maju sini
Askar Jerman : Siap jeneral
Jeneral Jerman : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak
Askar Jerman : Siap Jeneral

Peluru meluncur cepat dan Askar yang menangkap hancur berantakan
Si Jeneral sangat bangga dan memberitahu,

Jeneral Jerman : Askar saya lebih berani bahkan untuk menangkap bom RPG.

Dan sampai pula giliran Indonesia,

Jeneral Indonesia : Askar maju sini
Askar Indonesia : Siap Jeneral
Jeneral Indonesia : Seberangi ladang periuk api dengan berlari cepat
Askar Indonesia : Tidak mau Jeneral !
Jendral Indonesia : Seberangi cepat !!
Askar Indonesia : Tak mau Jeneral !
Sampai kali kelapan Jeneral memerintahkan askarnya, namun tetap di tolak. Lalu Si Jeneral berkata,

Jenaral Indonesia : Lihat Askar saya yang paling berani. Arahan Jeneral langsung dia tak ikut.


p/s::gambar ehsan en.GooGle





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Monday, March 14, 2011

Surat Rasmi Permohonan Untuk Berpoligami

Edit Posted by with 2 comments

**auto publish post - acu berada jauh dari Bumi Malaysia

Sumber dari kotak email acu...



Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu ..
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu .
31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon ,
Suami bin Lelaki



p/s::gambar ehsan Mr.GooGle




"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Sunday, March 13, 2011

"Kaki Saya Lebih Bersih Daripada Muka Saudari"

Edit Posted by with 2 comments

**auto publish post - acu berada jauh dari Bumi Malaysia

Sumber dari kotak email acu...



Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk.

Oleh sebab tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Semasa beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki(washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

Pramugari: Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki (dengan suara dikeraskan).

Ulama:Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? (dengan suara lembut dan penuh rendah diri)

Pramugari: Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari (dengan sifat angkuh).

Ulama:Saya mencuci kaki saya sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih daripada muka saudari.


Nota Kaki:

Urusan agama di mana-mana pun kena buat. Atas darat ke, di awangan ke, bila tiba masanya, kerjakanlah.

Jangan pandang hina pada yang mengerjakan tanggungjawabnya. Kita semua ada tanggungjawab yang sama. Kalau tak nak tanggung, pandai-pandai la jawab nanti di muka pengadilan Allah.


p/s::gambar ehsan En.GooGle





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Saturday, March 12, 2011

Clever Wife

Edit Posted by with No comments

**auto publish post - acu berada jauh dari Bumi Malaysia

Sumber dari kotak email acu...



There was a man who had worked all of his life, had saved all of his money, and was a real miser when it came to his money.

Just before he died, he said to his wife, "When I die, I want you to take all my money and put it in the casket with me. I want to take my money to the after-life with me."

And so he got his wife to promise him with all of her heart that when he died, she would put all of the money in the casket with him.

Well, he died...

He was stretched out in the casket, his wife was sitting there in black, and her friend was sitting next to her. When they finished the ceremony, just before the undertakers got ready to close the casket, the wife said, "Wait, just a minute!"

She had a box with her, she came over with the box and put it in the casket

Then the undertakers locked the casket down, and they rolled it away.

Her friend said, "I know you weren't fool enough to put all that money in there in the casket with your husband."

The loyal wife replied "Listen, I can't go back on my word. I promised him that I was going to put that money in that casket with him."

"You mean to tell me you put that money in the casket with him !!!?"

"I sure did" said the wife.

"I got it all together, put it into my account and wrote him a cheque. If he can cash it, he can spend it."

Moral of the story: *Women are cleverer than Men(?)* heheheheh......




p/s:: gambar ehsan en.GooGle





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Friday, March 11, 2011

Bertudung Yang Berbogel

Edit Posted by with 6 comments

**auto publish post - acu berada jauh dari Bumi Malaysia

Sumber dari kotak email acu...

Gambar yang menunjukkan wanita bertudung tapi masih belum
sempurna...semoga diberi petunjuk daripada Allah
dan semoga menjadi pengajaran & iktibar buat diri acu..




Ya Allah..semoga acu dijauhkan dari segala keburukan ini..amin






"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"