Thursday, March 10, 2011

Penggali Kubur Jumpa Otak 20 Tahun Dalam Tanah Masih Elok

Edit Posted by with 3 comments

**auto publish post - acu berada jauh dari Bumi Malaysia

Sumber artikel daripada kotak email acu

SEBERANG PRAI - Tuhan Maha Besar. Lebih 50 orang ahli keluarga
Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang hadir pada majlis pengebumiannya
di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini
menyaksikan bukti kebesaran Ilahi.

Ini kerana, sebaik tiba di tanah perkuburan itu, mereka terkejut apabila
dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk Salasiah
menunjukkan penemuan otak manusia.


Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh
berlaku hingga menyebabkan semua ahli keluarganya beristighfar panjang
dan memuji kebesaran Allah.

Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik
sedangkan tulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama
bersebelahan liang lahad yang baru di gali itu sudah hancur.

Cucu Allahyarham, Shuhaili Che Ros, 37, berkata, penemuan otak manusia
yang masih dalam keadaan elok itu amat menghairankan ahli keluarganya.

“Sepanjang pengetahuan kami otak manusia yang ditemui itu berasal dari
sebuah liang lahad yang sudah berusia 20 tahun.

“Malah papan keranda dan semua tulang milik si mati sudah reput tetapi
otak ini masih dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya.

Menurutnya, dia mengambil otak yang dipenuhi lumpur itu dan
meletakkan di atas daun pisang sambil diperhatikan ahli keluarganya
yang lain.

“Menghairankan, otak itu kemudiannya dilihat bertukar menjadi
bersih dan lumpur yang melekat padanya tertanggal dengan sendiri.

“Kami tidak mengusiknya dan selepas hampir 20 minit otak itu
kemudiannya berubah warna dari kehitaman kepada warna merah
dan pada masa sama urat darah mula timbul menyebabkan kami melihat
ia seperti otak baru,” katanya.

Setelah itu otak berkenaan kemudiannya dikebumikan semula bersama jenazah neneknya.

Dalam pada itu penggali kubur yang menemui otak itu, Saad Shaari, 60,
berkata, ini adalah pengalaman peliknya yang pertama selepas hampir
30 tahun menjadi penggali kubur.

“Saya dan adik, A Rahim, 55, menemui otak ini ketika hampir separuh
menyiapkan liang lahad untuk Allahyarham Salasiah.

“Menghairankan sepatutnya otak ini sudah hancur bersama tulang
dan papan keranda,” katanya.

Menurutnya lagi, begitu juga ketika kerja penggalian dijalankan kerana
ia melibatkan penggunaan cangkul dan skop, tetapi otak itu masih lagi
ditemui dalam keadaan sempurna.

“Ini ialah salah satu kebesaran tuhan dan kita yang melihatnya sepatut
mengambil pengajaran dari penemuan ini.

“Di samping itu, penemuan ini juga bagi saya adalah satu ingatan agar
kita sering melakukan kebaikan sepanjang hidup ini kerana Allah
tidak pernah memungkiri janjinya memberi kebaikan kepada hambanya
yang melakukan kebaikan,” katanya.

Saad berkata, liang lahad lama yang terletak bersebelahan kubur Salasiah
itu adalah milik seorang hamba Allah yang sentiasa membaca al-Quran.



Wallahua'lam..




"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

3 comments: