Tolong menolong sesama manusia...
acu tolong panjang kan entri kakcik...
mana tahu mungkin ada antara kawan-kawan nie kenalan
kepada saudara AZMIR ADZHA..mohon di sampaikan pesanan ini...
Petikan entri kakcik::
Menurut kata Doktor Pakar yang merawat bapa,
virus yang menyerang bapa tidak mungkin dapat dihapuskan.
Ibaratnya kalau manusia sihat yang diserang oleh kuman tersebut,
kemungkinan untuk 'bertahan' hanya antara enam bulan hingga setahun sahaja.
Apatah lagi dengan keadaan bapa yang semakin uzur sekarang.
Pipi bapa yang cengkung kelihatan 'berisi' akibat sembab,
begitu juga dengan tangannya. Paling sedih,
bila doktor bertanya berapa bilangan anak bapa,
beliau menjawab 'dah bertahun dia hilang' dan
kemudiannya dia menangis.
Doktor pun jadi keliru dengan jawapan bapa.
Sekadar itu sahaja yang ingin dimaklumkan.
Apa-apa perkembangan selepas ini tidak akan dipaparkan lagi.
Untuk saudara AZMIR ADZHA pulang lah sebelum terlambat
sementara masih ada kesempatan ini, pulang lah mohon ampun
kepada ayah tersayang..peluk cium dia mungkin untuk yang terakhir
Jangan jadi macam acu, sampai sekarang perasaan sedih, kesal,
bersalah bersarang di lubuk hati acu kerana tak sempat
untuk mencium, memeluk & memohon maaf daripada arwah ayah acu...
Panduan untuk saudara AZMIR ADZHA::
Kita cuma ada satu ayah saja di dunia nie...perginya tiada berganti
lupakan lah sengketa lama...pulang lah...ubatilah kerinduan dia
sebelum dia menutup mata....
p/s::gambar semua nya dari blog kakcik
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"
Hemmm sedihnya. Pulangla anak..
ReplyDeleteTerima kasih Acu. Entah kenapa setiap kali membaca catatan kakcik yang dipanjangkan di blog kawan2, kakcik jadi sangat sebak. Mungkin kerana orang lain lebih prihatin dari diri yang dicari.... :(
ReplyDeleteyes,pulanglah. baru2 ni abah (suami kpd ibu susuan aku)meninggal,abang andak yg dh lama menghilangkan diri,tak muncul juga sehingga jenazah selamat dikebumikan..jgn smpi semua terlambat,sebab,arwah abah aku tu sebut2 nama dia before arwah pergi...marah seorang bapa tidak lama,jangan sebab persengketaan dgn adik beradik,org tua yg menanggung rindu. "im just saying"
ReplyDelete