Followers

Lamaran Jejaka Pakistan

Tuesday, January 13, 2015

Kejadian berlaku pada tahun lepas

Sambil duduk memerhati kawan acu memilih seluar yang nak di beli
datang tokey kedai tersebut.. duduk sebelah acu tiba-tiba buka cerita

"Saya kidai baju ada dua.. kidai karpet ada dua
kereta proton ada satu.. lori kicik ada satu
semua hutang sudah habis bayar
duit insyaAllah saya tak ada masalah.."

Dalam hati apa motif dia ni bercerita semua ni.. tapi acu layan kan je lah

"Saya mari sini umur 19 tahun.. sekarang sudah 11 tahun sini duduk
saya sudah lama tarak balik ke Pakistan sana
saya malas nak balik sebab nanti ayah, emak dan keluarga bising
mereka suruh saya kahwin.."

Acu tanya kenapa tak nak kahwin?

"Saya tak mau kahwin perempuan sana
saya mau kahwin dengan perempuan Malaysia
saya tarak kisah janda ka anak dara
semua saya okey saja
tapi saya tak mau perempuan muda sangat
itu perempuan muda suka habiskan duit.."

Owh.. gitu pula ye.. tiba-tiba soalan dia

"Awak sudah kahwin ka??.."

Hah??! Saya?? Saya belum kahwin

"Awak tarak minat mau kahwin ka?
awak mau tak kahwin sama saya?
boleh bagi awak punya nombor telefon?
saya mau kenal sama awak.."

Selesai kawan acu bayar harga seluar
dihulur nya buku untuk acu tulis nombor telefon
tapi acu cuma membalas dengan senyuman manis
sambil berlalu pergi

Hingga ke hari ini acu dah tak berani nak ke kedai tu lagi :)


#throwback gambar hiasan dengan belon singa di Tropicana Mall

 photo Picture1_zpsfd611392.jpg




Photobucket

4 xoxo:

Kakcik Nur said...

(^_^)...agak2 apa hantaran dia nak bagi, ya? :)

Kakzakie said...

Ala Acu ni.. kenalah tengok dulu. Siasat. Kalau sendiri tak mampu siasat suruh anak buah Acu yg lelaki tu siasat.

Kawan kakak ada yg menikah dgn org Pakistan sekarang dah buka tiga kedai. Satu di Senai, Skudai dan Pontian. Betul nampaknya ok anak pun dah besar.

Tak salah dan mudah juga sebab dia Islam..

Darling Pya said...

Kakcik Nur:

hehehee... ntah la mak
emm...

Darling Pya said...

kak zakie:

hehehe.. tak terfikir lak nak siasat tu kak :)