Wednesday, April 22, 2015

#Throwback Padang#2 Ke Danau Maninjau

Edit Posted by with 6 comments
Hari kedua di Bukittinggi, kami dibawa oleh supir ke
Puncak Lawang, Danau Maninjau dan Kelok 44

Kami disajikan dengan permandangan begini sepanjang perjalanan
Subhanallah.. indah dan segar je permandangan nya.. cantik kan??

 photo Picture3_zpsh3ejdkmc.jpg
 photo Picture4_zpsmm62sjtv.jpg
 photo Picture5_zpsrotgmb0o.jpg

Kami singgah sebentar di tempat yang bernama Panorama Sungai Landia
jangan di tanya mana sungai nya
Cik Darling pun tak nampak kat mana sungai.. hehehehee

 photo Picture6_zpsryluteat.jpg
 photo Picture7_zpsgvb32fli.jpg
 photo Picture8_zpswn1r0fiz.jpg
 photo Picture9_zps0ttk4ouc.jpg

Lepas penat bergambar, kami sempat bershopping kat sini
beli souvenir dan juga minuman
Cik Darling beli sandal yang diperbuat daripada kulit sapi
tapi nasihat Cik Darling jangan beli kat sini.. MAHAL!

Di Pasar Atas harga nya jauh lebih murah tau..!!

 photo Picture10_zpsuwrdkl9t.jpg

Keterujaan melampau dapat minum air badak perasa laici
pertama kali jumpa air badak ada perasa.. hahahaa

 photo Picture11_zpsjsfwpk3r.jpg

Hentian kedua kami berhenti basahkan tekak di kedai Bundo Kaduang
special minuman kat sini ialah cendol labu selain daripada jualan pelbagai jenis kerepek

 photo Picture18_zpsidacuyph.jpg

Ini lah rupa cendol labu tu
tak nampak nak tunjuk isi nya
tapi sekali tengok rupa macam bubur caca.. bubur yang colourful tu
cuma isi nya lembut sangat compare dengan bubur caca

 photo Picture16_zpsuqtovxbj.jpg
 photo Picture15_zpsqgap773o.jpg

Sempat juga Cik Darling rasa ais krim labu
rasa nya labu ni tanaman utama kat sini kot
sebab tu banyak produk dari labu

 photo Picture17_zpsyp9yn7ts.jpg

Kemudian kami meneruskan lagi perjalanan kami ke Danau Maninjau
sebelum sampai ke Danau Maninjau, kami berjumpa dengan Puncak Lawang
tapi kami tak naik ke atas nya pun.. cukup bergambar dari jauh je

 photo Picture12_zps1utnbmwk.jpg

Ni lah Danau Maninjau

 photo Picture13_zps4eqii8ru.jpg
 photo Picture14_zpsflhwssm3.jpg

Danau atau Tasik Maninjau merupakan tasik kedua terbesar selepas Tasik Singkarak
tasik ini terbentuk akibat daripada letusan gunung berapi sehingga membentuk kawah
kawah inilah yang menangkung air yang akhir nya membentuk Tasik Maninjau

Perjalanan turun ke Danau Maninjau akan melalui 44 selekoh tajam
atau lebih dikenali dengan nama Kelok 44
setiap kelok akan dilabel kan bermula dengan nombor 44; kelok paling tinggi
sehingga yang bawah sekali nombor 1 berhampiran dengan Danau Maninjau

Tapi kami cuma berhenti hingga Kelok 37 sahaja
berhenti menikmati permandangan sekitar
sambil menikmati makanan dan minuman tempatandi Pondok Indah
sepatut nya kami lunch di sini tapi perut tak lapar sangat

 photo Picture20_zpsht7dfsca.jpg
 photo Picture19_zpsdsdwccyl.jpg
 photo Picture21_zpswvptej3j.jpg

Antara yang Cik Darling cuba, pais ikan kecil
yang ditangkap terus dari Tasik Maninjau
dan juga apam labu

 photo Picture23_zpstxyqmrge.jpg
 photo Picture24_zpsterowetx.jpg

Kat sini pertama kali Cik Darling cuba minum Teh Telur
air teh panas di campur dengan telur mentah yang di blend

 photo Picture25_zps9rhqjvrd.jpg

Nampak rupa macam seram je nak minum
tapi lepas dah minum

 photo Picture26_zps4mtf1jzf.jpg
 photo Picture27_zpstbva0gun.jpg

Rasa nya sangat sedap..!!!

Hilang lelah, kami naik semula untuk pergi ke Pasar Aur Kuning

 photo Picture28_zpsnic30hbx.jpg

Pasar yang menjual barangan untuk pemborong
tapi boleh je kalau nak beli runcit
harga nya pun jauh lebih murah dari tempat lain

 photo Picture29_zpsjlrgh9td.jpg
 photo Picture30_zpsxwldwp0n.jpg

Pasar Aur Kuning ni luas
cuma kedudukan barangan tak teratur
kena pandai cari.. selit sana selit sini
macam-macam ada di jual di sini

Satu setengah jam kami di Pasar Aur Kuning
kami bertolak balik ke Pasar Atas

Sebelum ke Pasar Atas, kami singgah bergambar di Jam Gadang
jam yang menjadi mercu tanda Bukittinggi
Jam Gadang ni letak nya berdepan dengan Pasar Atas
ambil gambar sekeping dua kemudian naik shopping kat Pasar Atas

 photo Picture31_zpsvruaotlv.jpg
 photo Picture32_zpskc5ou2p5.jpg

Comel tak capal Cik Darling beli untuk cucu sedara?

 photo Picture38_zpsefmdc4zc.jpg

Harga capal comel ni sekitar 20 ribu Rp.. dalam RM5.70
okay sangat harga dia kan??? 
boleh lah cucu Cik Darling bergaya di Hari Raya nanti :)

Dalam 5.30 petang kami selesai berurusan di Pasar Atas
sebelum balik Cik Darling dan Ina lepak kat Dataran Jam Gadang
melihat gelagat pelancong luar dan tempatan sambil menikmati Keropok Mee

 photo Picture34_zpsu5dwotif.jpg

Keropok ubi yang bulat besar tu dilipat dua seperti bentuk karipap
kemudian di sapu dengan kuah sate minang
dan diletakkan di atas nya bihun goreng
harga sekeping dalam 4 ribu Rp.. lebih kurang RM1.10

 photo Picture33_zpszngyzoqz.jpg

Perut kenyang, kami berjalan balik ke hotel
tak jauh pun... 5 minit jalan kaki dah sampai
naik bilik.. mandi, solat kemudian siap untuk pergi dinner

Jam 7.30 malam supir datang ambil kami
kali ni kami dinner di Restoran DAP Ayam Penyet Dan Iga Bakar

Serius bebeno Cik Darling membaca menu... Huduh!!

 photo Picture35_zpsyejxobui.jpg

Oleh kerana speciality nya ada lah Iga Bakar
jadi, Cik Darling pilih untuk mencuba nya
dan jus buah naga sebagai penghilang dahaga

 photo Picture36_zpsodlxov1u.jpg
 photo Picture37_zpsimfuzvjp.jpg

Oh!! Iga tu apa??

Iga tu sebenar nya ribs atau tulang rusuk lembu
cara masak nya di bakar kemudian diletakkan kuah special
jadi macam kita makan hot plate gitu..
rasa nya sangat enak

Kebetulan malam ni hujan, kami cuma dibawa pusing-pusing
bandar Bukittinggi dan singgah sekali lagi di Kedai Aswan
sebelum balik ke hotel dan zzzzZZZZZZzzzzzz....







Photobucket

6 comments:

  1. Semalam lagi kakak dah baca yg part 1 tapi tak boleh komen. Pagi tadi pun kakak dah baca N3 ini tapi tak boleh juga. Sekarang dah ok..

    Makanan di sana memang murah kan. Cuma cara masak dia tak sama dgn tempat kita.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, suatu hari nanti kita jalan sama-sama ya Acu. Harapnya mak masih sihat untuk ikut Acu jalan2... :)

    ReplyDelete
  3. Subhanallah..cantiknya pemandangan desa disana..bagaikan sebuah lukisan kanvas..

    ReplyDelete
  4. kakzakie:

    Ye kak.. macam2 makanan nak dicuba tapi takut perut tak tahan sebab kebanyakan makanan kat sana pedas2

    ReplyDelete
  5. kak kamsiah:

    Betul kak.. tengok real lagi cantik. dalam gambar tak berapa cantik sebab tangan ni tak seni.. hehehe

    ReplyDelete