Pagi-pagi sarapan bubur nasi sedap kat hotel
sebelum keluar berjalan-jalan
Destinasi pertama di hari ketiga kami ialah ke kilang memproses kopi Kiniko
yang terletak di Tabek Patah
Kat sini kita boleh tengok proses menghasilkan kopi
hingga lah proses pembungkusan
Lepas melawat kilang, kami ke warung kopi yang terletak di belakang kedai
kat sini boleh lepak sambil minum teh yang disediakan secara percuma kepada pengunjung
Unik nya teh kat sini bukan nya teh dari daun teh biasa tu tau
tapi teh yang dihasilkan daripada daun kopi
diminum di dalam tempurung dan di kacau menggunakan kulit kayu manis
kalau tak nak guna tempurung ada juga disediakan mug
Sambil-sambil minum teh, kita boleh makan gorengan yang dijual di situ
pelbagai jenis gorengan ada seperti tempe, cucur udang, tauhu dan banyak lagi
semua gorengan dijual dengan harga 2 ribu Rp setiap satu
Cik Darling makan tapai ubi goreng.. sedap!
Dari Tabek Patah, kami bergerak ke Batusangkar
untuk ke Istano Basa Pagaruyung
sepanjang perjalanan kami melalui kawasan Batu Bersurat Adityawarman
dan juga Makan Raja Pagaruyung yang menempatkan 13 makam
Selain tu kami juga melewati Rumah Adat dan Istana Silindung Bulan yang merupakan istana kediaman Raja Pagaruyung
Okay dah sampai ke destinasi kedua kami hari ni.. Istano Basa Pagaruyung
Bangunan yang merupakan replika kepada Istana Raja Alam Minangkabau
yang musnah dibakar Belanda pada tahun 1804 dibina pada tahun 1976
diukir indah dengan 60 jenis ukiran yang melambangkan
falsafah dan kebudayaan Minang
Masa Cik Darling pergi tahun 2013 [sini], istana ni dalam proses baikpulih
sebab terbakar akibat dipanah petir pada tahun 2007
Mengabadikan kenangan kami beramai-ramai di sini
harga sekeping gambar yang diambil ni siap laminate 35 ribu Rp (RM10)
Owh ya! Maskot-maskot comel yang bergambar dengan Cik Darling tu
perlu dibayar juga ya... harga nya cuma 5 ribu Rp (RM1.40)
tapi tergamak ke nak bayar harga tu??
kalau mampu bagi lah lebih sikit.. kesian mereka berpanas dalam costume tu
Habis melawat Istano Basa, kami dibawa untuk makan tengahari
Rumah Makan Dan Restoran Sawah Laman menjadi pilihan
(sebenar nya lupa nak ambil gambar sebelum tu lepas dah naik van baru teringat)
Menjamu selera dengan hidangan nasi Padang
sambil menikmati permandangan sawah padi
menjadi kan kami berselera makan nya
Kenyang perut suka hati untuk ke destinasi seterus nya Tasik Singkarak
Tasik Singkarak yang luas nya lebih 1000 hektar yang
terhasil dari kawah gunung berapi dan letak nya di antara
dua daerah iaitu Solok dan Tanah Datar
merupakan tasik kedua terbesar selepas Danau Toba
Ambil gambar sekeping dua sambil menikmati angin sepoi-sepoi
kemudian kami terus ke tempat lain pula
Cantik kan masjid ni?
Next perhentian ialah Pusat Tenun pandai Sikek
Kedai yang menjual sulaman dan juga tenunan
kawan-kawan Cik Darling ada yang membeli kat sini
Disebabkan Cik Darling tak membeli maka nya
Cik Darling, Suria dan Ina ke belakang kedai
lepak dengan kawan-kawan lelaki dan juga supir
sambil menikmati secawan kopi pahit
pahit sebab supir Cik Darling tolong buat kan.. pekat gile!
Teruja jumpa lemang yang besar!
Dah macam guna buluh meriam je untuk buat lemang ni.. hehehee
Masa dalam perjalanan balik ke Bukittinggi, kami singgah makan Bika Talago
atau kuih yang dikenali dengan nama kuih "neraka" (seram..)
Aktiviti seterus nya ialah shopping!!!!
hari terakhir untuk kami menghabiskan wang rupiah
kami minta supir hantar kan kami terus ke Pasar Atas
Malam selepas maghrib supir datang ambil kami untuk dinner
Sekali lagi kami ke restoran yang sama seperti semalam [sini]
DAP Ayam Penyet dan Iga Bakar
dan untuk kali kedua nya Cik Darling oder iga bakar lagi.. hahaha
Dimakan bersama dengan nasi goreng petai
dan jus campur sebagai penghilang dahaga
jus campur tu ialah campuran buah naga, durian belanda dan avocado
Selesai makan, supir bawa pusing Bukittinggi untuk yang terakhir kali
habis pusing kami balik ke hotel
dah sampai masa untuk packing sebab esok pagi dah nak check out
Tak sedar pukul berapa Cik Darling zzZZZZZzzzzz...
About Me
- Darling Pya
- A simple girl, fun-loving person, like making jokes, easily to laugh (I suppose), like to help people, share stories. Well the bottom line is, I am just a simple Malay girl.
Blog Archive
Darling's Popular Posts
-
Lupa CP nak share keputusan lepas jumpa doktor di Klinik Nefrologi pada 06-12-2021 hari tu. Appointment CP dengan doktor jam 2 petang. Sepe...
-
Tarikh: 06-04-2019 Lebih kurang 1 jam 10minit dalam flight kami sampai di Singapore. Satu jam kami transit kat Changi Airport ni. ...
-
"I BELIEVE I CAN FLY.." heheheee....badan gemuk berangan nak terbang.... tapi betul la...petang nie acu akan terbang... dengan ...
-
Kuih Neraka? Kuih apa tu CP? Baca nama macam ngeri je kan nak makan? 😅 Nama sebenar kuih ni ialah Bika Talago. Kuih ni antara yang mesti di...
-
Entry back dated...hehehe seperti di janji kan dalam entry lepas nie acu nak cite la pasal percutian acu aritu dengan family sebenar nye pla...
Mereka proses kopi sehingga pembungkusannya secara manual saja ya?
ReplyDeletekakcik nur:
ReplyDeleteye mak.. semua nya manual :)