Bismillah
Alhamdulillah hari ni ada kesempatan untuk update blog Cik Darling
nak cerita pasal percutian Cik Darling dan kawan-kawan
ke Padang Bukittinggi, Indonesia pada 5 hingga 8 April yang lepas
menggunakan penerbangan Air Asia dengan harga tiket yang sangat murah
cuma RM85 untuk return tiket... murah kan???
sesuai sangat dengan tag line nya "Every one Can Fly"
Kali kedua Cik Darling terbang ke Padang Indonesia ni
kali pertama entri nya di [sini] di [sini] dan di [sini]
Seawal jam 2 pagi Cik Darling bertolak ke Terminal Bersepadu Selatan
untuk naik bas ke KLIA2 bersama dengan kawan-kawan
kami naik bas yang pertama iaitu jam 3 pagi
Tapi bas berlepas lewat 30 minit
gara-gara pemandu bas tertidur.. hehehee
Walau pun berlepas lewat tapi kami sampai ke KLIA2 dalam jam 4.10 pagi
perjalanan yang sepatut nya mengambil masa 1 jam 15 minit
tapi kami di "short cut" kan oleh driver menjadi 40 minit je
Selepas selesai urusan drop luggage kat kaunter
kami terus je ke imigresen..
Lepak kat dalam sementara tunggu flight
sarapan, solat subuh terus lepak je tunggu flight
Alhamdulillah tepat jam 7.50 pagi flight berlepas ke Padang
Lebih kurang jam 8 pagi waktu Indonesia kami selamat mendarat
di Minangkabau International Airport
Alhamdulillah segala urusan semua nya berjalan dengan lancar
semua nya mudah dan cepat
lepas ambil beg, supir yang Cik Darling booking
dah siap sedia menunggu untuk bawa kami ke Bukittinggi
Tempat pertama yang kami singgah ialah kedai makan.. hahaha
maklum la perut semua orang dah siap berdangdut.. lapar
kedai Makan Lamun Ombak kedai makan yang kami singgah
tak jauh pun dari airport
Kedai makan yang menghidangkan Nasi Padang sebagai menu utama
ye lah dah nama pun Padang kan mesti lah menu utama nasi Padang
tapi Cik Darling tak makan nasi Padang sebab masih awal pagi
Cik Darling order mee sup yang dipenuhi dengan daging sapi
dan jus Melon sebagai penghilang dahaga
Tengok daging sapi nya.. berketul-ketul.. besar-besar isi nya
Sempat jamah murtabak Mesir yang di order oleh kawan Cik Darling; Ina
rupa lebih kurang sama dengan murtabak kat Malaysia
cuma yang membezakan nya pencicah tu..
rasa nya not bad la
Satu yang menarik perhatian kami puding ni
Puding yang diletak di dalam buah betik kemudian di potong
menjadikan hidangan tersebut unik
rasa? Not bad.. sedap gak puding nya
Okay perut dah kenyang jom kita terus kan perjalanan
Tempat kedua yang menjadi persinggahan kami ialah
Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau
tempat yang menyimpan sejarah Minangkabau
Teruskan lagi perjalanan menuju ke Bukittingi
sepanjang dalam perjalanan tu supir berhentikan kami di kedai-kedai
yang menjual kain-kain sulaman
Ada yang membeli ada yang cuma cuci mata
Cik Darling cuci mata saja sebab tau harga nya a little bit mahal
compare dengan harga di Pasar
Dalam pukul 1 lebih kami berhenti makan tenghari
lupa pula nama restoran nya
kali ni kami menikmati nasi Padang
Cuba bayang kan kalau pagi-pagi buka je tingkap rumah nampak
permandangan gunung sebegini di belakang rumah kita... best kan??
Persinggahan terakhir sebelum kami check in hotel ialah di Cahaya Bodir
tak jauh pun dari hotel kami menginap
okay kat sini Cik Darling shopping sikit
beli kain sulam yang mana harga nya lebih murah berbanding
dengan kedai-kedai yang kami berhenti sebelum ni
Cik Darling habis 1 juta Rp kat sini... hahahahaa
wah!! juta-juta belanja nya.. jutawan rupiah
dah.. jom kita check in hotel
kami menginap di Hotel Ambun Suri
tak jauh pun dengan Pasar Atas dan juga Jam Gadang
cuma seberang jalan je
sorry lupa nak ambil gambar bilik sebab dah kepenatan
Naik bilik.. rehat.. mandi dan solat
lepas maghrib dalam pukul 7.30 malam supir dah datang ambil
untuk bawa kami semua pergi dinner
owh ya.. maghrib di sini masuk jam 6.30 petang
Kami dibawa ke Restoran Ayam Penyet Wong Semarang
Santapan Cik Darling malam tu pecal lele, nasi goreng dan jus alpukat
Lepas makan, sekali lagi kami dibawa ke kedai yang menjual sulaman
nama kedai nya Aswan... kat sini berbaloi sangat berbelanja
ingat kan kedai Cahaya Bodirtu dah murah rupa nya sini lagi murah
tapi Cik Darling beli tak banyak pun sebab nak tengok harga di pasar dulu
sorry lagi sekali lupa nak ambil gambar
Habis shopping kami dihantar balik ke hotel
badan dah penat, mata pun dah mengantuk
sampai je hotel, bersih kan diri kemudian terus zzzZZZZzzzzz...
Cerita hari kedua kita sambung di next entri ya :)
About Me
- Darling Pya
- A simple girl, fun-loving person, like making jokes, easily to laugh (I suppose), like to help people, share stories. Well the bottom line is, I am just a simple Malay girl.
Blog Archive
Darling's Popular Posts
-
Lupa CP nak share keputusan lepas jumpa doktor di Klinik Nefrologi pada 06-12-2021 hari tu. Appointment CP dengan doktor jam 2 petang. Sepe...
-
Tarikh: 06-04-2019 Lebih kurang 1 jam 10minit dalam flight kami sampai di Singapore. Satu jam kami transit kat Changi Airport ni. ...
-
"I BELIEVE I CAN FLY.." heheheee....badan gemuk berangan nak terbang.... tapi betul la...petang nie acu akan terbang... dengan ...
-
Kuih Neraka? Kuih apa tu CP? Baca nama macam ngeri je kan nak makan? 😅 Nama sebenar kuih ni ialah Bika Talago. Kuih ni antara yang mesti di...
-
Entry back dated...hehehe seperti di janji kan dalam entry lepas nie acu nak cite la pasal percutian acu aritu dengan family sebenar nye pla...
Tengok semua senyum tahulah semuanya happy:)
ReplyDelete