Monday, July 22, 2019

#Throwback Bo-Kaap Village - Perkampungan Melayu Cape Town

Edit Posted by with 2 comments
Tarikh: 08-04-2019

Dah puas berehat.
Dah hilang penat.
Dah hilang ngantuk.
Jom sambung jalan-jalan lagi 😁

Tempat tujuan kami petang tu ada lah ke Bo-kaap Village.
Sebuah perkampungan Melayu di Cape Town.
Kawasan yang terletak tidak jauh dari hotel kami.
Jarak nya cuma dua blok bangunan sahaja.
Jadi, jalan kaki sahaja dari hotel untuk ke Bo-Kaap.


Bo-Kaap ini merupakan penempatan Melayu yang mana
kebanyakan penduduknya berketurunan pendatang
dari Kepulauan Melayu termasuklah dari Malaysia
(ketika itu dikenali dengan Tanah Melayu) dan Wilayah lain
seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Kemboja
yang datang ke Afrika sejak 200 atau 300 tahun dahulu.

Uniknya Kampung Bo-Kaap ini, rumah-rumahnya di cat dengan warna-warni.
Kelihatan sangat menarik dan cantik.
Tambah pula permandangan kat sini berlatarkan Table Mountain.








Di sini juga terdapat sebuah muzium yang menyimpan pelbagai koleksi
bersejarah masyarakat Melayu di penempatan itu.
Harga tiket masuk ke muzium ini R20 bersama RM6.


Terdapat sebuah restoran di Bo-Kaap ni
dikenali dengan nama Biemiesllah Restaurant.
Menyajikan pelbagai jenis makanan masyarakat tempatan.


Antara menu makanan tempatan yang mesti dicuba ialah Bobotie


Bobotie (sebutan boboti) adalah daging lembu yang dicincang.
Dimakan bersama nasi berwarna kuning atau roti.
Hidangan sampingan yang didatangkan sekali air asam,
sayur kobis dicampur dengan carrot, bunga kobis
dan jeruk apa ntah.. lupa dah πŸ˜…




Kalau tanya pendapat Cik Darling rasa dia okay.
Cuma mungkin orang Malaysia selera tekak kita nak pedas.
Jadi, kebanyakan ahli rombongan tak suka dengan bobotie tu
sebab rasanya manis πŸ˜‰

Cik Darling cuba makanan lain juga Pienang Curry.
Dimakan bersama roti.. ala-ala roti canai gitu



Rasa Pienang Curry ni pun manis.. agaknya memang masyarakat kat sini
suka makan manis-manis kot.. macam orang Pantai Timur

Tapi kata orang Pantai Timur yang turut serta dalam rombongan kami ni kan
makanan di Cape Town ni lebih manis dari Malaysia.
So, korang boleh bayangkan sendiri lah ye manis nya macam mana 😁

Air yang popular di restoran ni yang mesti cuba
ialah air Falooda... ala-ala smoothie.
Rasa dia sedap tapi sedikit muak sebab berlemak..


Makanan lain yang kami cuba, sarmosa, karipap dan chicken pie.
Yang ini ada juga rasa manis nya tapi tak lah semanis bobotie dan curry.


Tengok muka orang yang tak berapa enjoy dengan makanan tempatan sini πŸ˜†


Perut dah kenyang, kami berjalan keluar dari Bo-Kaap untuk balik ke hotel.
Sepanjang jalan tu nampak ramai anak-anak muda melepak
memandang kita dengan satu pandangan yang menakutkan.

Ada antara mereka, berani minta duit dengan kami.
Tapi tak seorang pun antara kami yang layan permintaan mereka.
Pesanan Cik Darling.. berhati-hatilah kalau ke sini.

Untuk pengetahuan, beberapa minggu selepas kami sampai di Malaysia
terbaca sebuah artikel ada pelancong Perancis ditikam dan dirompak
klik [sini] untuk baca.

Bersyukur sangat.. sepanjang kami di sana
tiada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.. Alhamdulillah




To be continue...




2 comments:

  1. Di mana-mana ada sahaja 'tuykang pow' duit orang , kan? Di Tanah Suci pun ada... :(

    Membayangkan makanan manis tu, rasanya memang tidak membangkitkan selera...

    ReplyDelete
  2. Kakcik:

    betul mak
    kakak acu pun pernah hampir nak jadi mangsa masa kami menunaikan umrah tahun 2017 hari tu...

    hahaha.. memang semua orang patah selera bila makan makanan manis :)

    ReplyDelete