Followers

#Throwback Selamat Tiba Di Mauritius

Friday, July 12, 2019

Tarikh: 06-04-2019


Sebaik saja di dalam flight, kami diberikan travel kid
ada berus gigi, ubat gigi, sleeping mask, stokin dan pen


Tak lama lepas tu kami diberikan pie untuk alas perut
disebabkan waktu makan tengahari dah lepas
nama pie ni jadiniere pie atau bahasa mudah nya pie sayur 😋


Lepas makan, layan movie sambil melayan mata yang hampir nak tertutup

Oh lupa nak bagitau..
penerbangan ke Mauritius mengambil masa lebih kurang 9 jam lebih
so, banyak movie yang boleh dilayan 😁
tapi kan... Cik Darling lebih banyak tidur daripada layan movie.. hahaha

Terjaga semasa pramugari edarkan arrival card yang perlu diisi
untuk diserahkan di kaunter imigresen di Mauritius Airport


Ada dua kad yang perlu diisi
satu kad beritahu maklumat tempat tinggal kita di Mauritius
dan satu kad lagi ialah istiharkan kesihatan diri kita

Habis isi borang tu.. sambung tidur balik.. hahahaha
okay tipu.. sebenarnya Cik Darling layan movie A Star Is Born

Kemudian kami diberi makan malam
dah tak ingat apa menu nya 
tapi yang pasti Cik Darling request Muslim Meal


Perut kenyang, mata pun mula la nak tertutup semula
okay lah sambung tidur balik lah... zzzz

Sekali lagi terjaga bila pramugari edarkan sandwich dan air kotak
oh! makan lagi tau
tak tau jam berapa masa tu.. tapi masa edaran sandwich ni
kami dah hampir nak sampai ke Mauritius


Cik Darling tak makan pun sandwich simpan masuk dalam beg
sebab perut masih kenyang lagi

Lebih kurang jam 7.30 malam waktu Mauritius dan 11.30 malam waktu Malaysia
kami selamat landing di Sir Seewoosagur Ramgoolam International Airport
haa.. ambil kau.. berbelit lidah nak menyebut nama airport nya 😅


Tak besar pun airport kat sini.. besar sikit dari airport Bandung je
kat sini juga kami tukar duit Rupee
Cik Darling tukar tak banyak pun
maklum lah cuma satu malam je kat sini
tukar sekadar nak beli souvenir je



Kemudian dari airport kami di bawa ke hotel dengan bas
yang telah siap sedia menunggu ketibaan kami


Lebih kurang satu jam juga perjalanan ke hotel
hotel kami menginap ni terletak di Port Louis


Sebaik check in, letak je beg terus ke restoran untuk makan malam
ingatkan makan buffet atau pun makanan dah siap sedia terhidang
rupa nya tak.. dia bagi menu, kita pilih sendiri set apa kita nak makan 
ada appetizer, main course dan dessert

Ini pilihan Cik Darling




Muka happy dapat makan.. walaupun waktu Malaysia dah pukul 2 pagi


Selesai makan, semua masuk ke bilik masing-masing
mata dah nak tertutup, badan penat.. jet lag gitu

Cik Darling sebilik dengan Dr. Tim
masuk je bilik, bersihkan badan 
kemudian landing je atas katil.. tak sedar pun bila masa kami zzZZZZzzzz


To be continue...



2 xoxo:

Kakcik Seroja said...

Ha...kali ini panjang sikit catatan...puas baca... :)

Darling Pya said...

kakcik:

Hehehe.. saja buat short entry :)