Followers

#Throwback Maiden's Cove Dan Hout Bay Cape Town

Tuesday, July 23, 2019

Tarikh: 09-04-2019

Pagi ni baru rasa best bersarapan dengan cereal dan susu
Dr. Tim awal pagi dah sarapan maggi 😄


Bas datang ambil kami pukul 7.30 pagi
tempat pertama lawatan kami pagi ni ialah Maiden's Cove
ia terletak di antara Camps Bay dan Clifton



Maiden's Cove ni terkenal dengan permandangan Table Mountain yang indah
dan Twelve Apostles serta permandangan Lautan Atlantik


Juga merupakan salah satu kawasan popular untuk melihat sunset
kalau datang Maiden's Cove sekitar bulan Jun hingga November bolehlah
nampak dolphin berenang di kawasan ini 😊

Dari Maiden's Cove, kami dibawa ke Hout Bay (sebutan Houtbaai)
tak jauh pun dari Maiden's Cove dalam 10 minit perjalanan rasa nya


Merupakan pinggir bandar Cape Town
terletak di lembah persisiran Tanjung Laut Atlantik






Pelabuhan Hout Bay adalah merupakan tarikan utama di sini
ianya tenang tetapi dalam masa yang sama sibuk dengan bot nelayan





Kat sini kita boleh melihat nelayan memunggah hasil tangkapan
dan juga boleh melihat nelayan membaiki jaring

Di sini juga banyak di jual souvenir
kebanyakan peniaga di sini berasal dari Kenya
jadi, barang-barang souvenir yang dijual di sini datang dari Kenya






Harga?

Seperti biasa... mesti pandai tawar menawar

Oh ya..! Pelancong juga boleh menaiki bot di sini
tapi Cik Darling lupa pula ke mana arah tuju bot ni 😅



Next destination?


To be continue...



Photobucket

0 xoxo: