Wednesday, July 17, 2019

#Throwback Gunung Meja Cape Town

Edit Posted by with 2 comments
Tarikh: 08-04-2019

Good Morning Cape Town..!!

Bangun je dari tidur pagi tu tengok Dr Tim dah siap masak 
nasi dan kari ayam bang Brahim's.
Wow! pagi-pagi dah sarapan nasi dan kari.
Kat Malaysia pun Cik Darling tak sarapan nasi.
Sekali kat Cape Town sarapan nasi you 😋



Seawal jam 7.30 pagi kami dah keluar dari hotel.
Tempat lawatan pertama pagi ni ialah Table Mountain.
Kedudukan nya tak jauh pun dari bandar Cape Town.



Kenapa dipanggil Table Mountain atau jika dialih bahasa Gunung Meja?

Sebab puncak gunung tersebut mendatar seperti meja.
Ketinggian Table Mountain ni lebih kurang 1085 meter.
Kalau nak tau, Table Mountain ni lebih tua dari Gunung Himalaya,
Gunung Alps, Gunung Andes dan Gunung Rocky
(Cik Darling pun baru tahu.. hehehehe)

Ada dua cara untuk naik ke puncak Table Mountain ni.
Samada mendaki atau menggunakan kereta kabel

Pilihan kami?

Semestinya lah menggunakan kereta kabel 😆




Disebabkan masih awal lagi jadi, beratur menunggu giliran
untuk naik kereta kabel tu tak lama.
Lagi pun kereta kabel tu besar.. ramai boleh muat dalam satu masa.


Yang best nya kereta kabel ni berpusing 360 darjah.
Jadi, kita dapat menikmati permandangan bandar Cape Town,
pergunungan Helderberg, Lion's Head, Blue Mountain Beach,
Stadium Cape Town dan banyak lagi
(dah lupa dah yang sebenar nya 😅)

Perjalanan menuju puncak mengambil masa lebih kurang 5 minit




Permandangan semasa perjalanan menuju puncak






Sampai je di puncak.. Subhanallah..!!

Tak terungkap dengan kata-kata.. tak puas mata memandang.
Sekeliling tu semua nya permandangan cantik.
Rasa tak puas bergambar 😁

Dia punya perasaan teruja nak bergambar tu kan..


"Eh! sini cantik"

"Eh! sini pun cantik la"

"Wah! sini lagi cantik"

"Ya Allah! sini lagi cantik"

Haa..! macam tu lah rasa nya.. setiap sudut rasa nak ambil gambar 😂

CiK Darling share sikit lah gambar-gambar kat puncak.



Yang rasa best sangat-sangat tu kan
dapat menikmati permandangan awan karpet.
Allah... cantik sangat..!!




Ni berlatar belakangkan permandangan bandar Cape Town
dari puncak Table Mountain.





Ni kira tempat tertinggi kat puncak Table Mountain


Yang secoet seketul kat belakang tu dipanggil Lion's Head


Ikut kan tak puas bergambar kat atas Table Mountain ni.
Kalau tak salah, kami diberi masa 2 jam atau 3 jam kat sini.
Tapi apa nak buat.. ada tempat lain lagi nak ditujukan.

So, time to turun untuk pergi ke next destinasi pula




Panjang umur dan kalau ada rezeki lebih dan ada peluang
Cik Darling nak datang semula ke sini 😁




To be continue...






2 xoxo:

m.u.l.a.n said...

Rindu Cape Town. Kami tak dpt naik cable car sbb angin kuat so hiking je sampai Devils Peak.. Subhanallah cantik jgk though tak setinggi atas sana. Thanks for sharing..

Darling Pya said...

m.u.l.a.n:

My pleasure.. Thanks to you juga sudi singgah baca :)

Followers