Followers

Boba Unicorn Fun Run

Monday, February 3, 2020

Mengisi pagi ahad dengan join fun run.
Cik Pya, Cik dan Syikin join Boba Unicorn Fun Run.
Start dan finish larian di D Pulze Cyberjaya.
Ada 2 kategori 3km dan 5km.
Kami join yang 3km je sebab Syikin tak nak 5km.
Katanya tak larat 😅

Kami sampai di D Pulze jam 7 pagi.
Bermula dengan zumba untuk sesi panas kan badan.


Dalam 7.30 kalau tak salah flag off untuk larian 5km.
Kemudian 3km punya flag off pukul 7.40 pagi.
Tapi kami lari lewat sikit sebab bergambar dulu kat backdrop finisher ni 😆
Ni gara-gara tak nak berebut dengan orang lain lepas habis lari nanti.


Walau pun nama nye "RUN" tapi Cik Pya jalan kaki je..
maklum lah.. kenderaan berat kan. Mana larat nak lari.. hehehe



Cik Pya sampai garisan penamat dulu.
Lepas ambil medal dan breakfast, Cik Pya tunggu Cik dan Syikin.
I'm proud with my sister sebab berjaya habiskan 3km
walaupun jalan menggunakan tongkat.





Comelkan medal dia?


Tahniah untuk kami bertiga sebab berjaya bangun pagi
dan berjaya habiskan 3km dan juga tak menjadi orang yang terakhir
sampai walaupun kami bermula lambat 😁




2 xoxo:

Umi Nazrah said...

alhamdulillah tahniah. medal tu lawa sangat. unicorn dan pink ^_^

Darling Pya said...

Umi Nazrah::

Join pun sebab nak medal & tshirt yang cute tu.. hehehe