Friday, February 21, 2020

KFC 20-02-2020

Edit Posted by with 3 comments
Semalam kecoh sana sini viral gambar-gambar
orang ramai beratur kat KFC gara-gara offer RM20 untuk
2 pinggan set snack plate.


Sehari sebelum tu, Cik Pya pun ada plan gak dengan office-mate
nak pergi makan KFC sebab promo tu.. konon nya nak pergi petang lah
lepas habis waktu kerja. Tapi last last kami cancel sebab tak sanggup
nak beratur panjang 😅

Tapi petang semalam Cik Pya pergi juga ke IOI City Mall ni.
Cik Pya dan Aween ada nak beli barang sikit.
Dah alang-alang ke IOI tu kami jenguk ke KFC kejap.. hehehe
Kot le mana tau orang tak ramai kan.. saje cuba nasib 😁

Fuhh!!! Orang berbaris sampai keluar KFC tu 😅


Tengok barisan panjang, kami terus blah dari situ.
On the way nak ke Watsons, terserempak dengan kawan lama.
Kawan masa di Kolej MARA Kulim dulu... Rayme nama nye.


Oh ya! Rayme ada buat single. Video nye dah di upload di Youtube



Berbual kejap je sebab Rayme pun ada hal dengan kawan-kawan dia.
Lepas tu Cik Pya dan Aween terus ke Watsons.
Dah selesai beli barang, kami singgah minum di Chizu.
Dah lama Cik Pya teringin nak minum air kat Chizu ni.

Semalam Cik Pya order air Purple Rice + Yogurt + Cheese Pudding.
Ni antara best seller kat Chizu ni.
Sedap air nye.. tak manis. Rasa masam-masam yogurt dan
masin-masin cheese..


Pastu kami makan kek Almond Tiramisu share berdua.
Kek ni pun sedap.. tak manis. Meriah dengan almond.


Aween order air Haw Flakes Purple Rice + Yogurt



Okay dah mula jatuh cinta dengan Chizu ni
Lepas ni boleh datang lagi. Nak try air dan kek lain pula 😁



3 xoxo:

NA said...

Beli juga promo tu. Alhamdulillah.

Darling Pya said...

NA::

Bagus nye..
Cik Pya malas nak beratur :)

mama tisya said...

penangan promo kfc rm20...mmg smua outlet pjg beratur..tk pernh try lg chizu

Followers